Butterfingers, Hujan & Bunkface Berkongsi Pentas, Adakan Konsert Mac Depan

butterfingers hujan bunkface

Butterfingers, Hujan & Bunkface Berkongsi Pentas, Adakan Konsert Mac Depan

Butterfingers, Hujan dan Bunkface bakal berkongsi pentas yang sama dalam konsert UND3RGROUND yang akan berlangsung pada 2 Mac nanti.

Menerusi perkongsian di media sosial Noh Hujan dan Bunkface, tiket untuk konsert itu bakal dijual bermula esok (11 Januari 2023) di laman web www.hitmanlive.com seawal jam 2 petang.

Gambar: Instagram @mohammadnohbinsalleh

Konsert itu bakal diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 2 Mac 2024 ini.

Difahamkan, terdapat lima kategori tiket berbeza yang ditawarkan kepada peminat dengan pembayaran boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu “Buy Now” dan “Pay Later” bagi semua kategori.

Bagi tiket kategori Rockzone Early Bird, dijual pada harga RM149 dan tiket adalah terhad. Bagi tiket kategori Rockzone Phase 1 pula berharga RM199 dan akan dibuka selepas tiket Early Bird habis dijual.

BACA: “Check” Dulu Tarikh Pembuatan Sebelum Tukar Tayar Baharu, Ini Sebabnya

Manakala bagi kategori Rockzone phase 2 berharga RM249 juga dibuka selepas tiket Phase 1 habis dijual. Bagi tiket kategori Mosh Tix VIP Access pula dijual pada harga RM299 dan tiket kategori Vibers Pit VVIP Access adalah RM499.

Gambar: Instagram @mohammadnohbinsalleh

Bagaimanapun, harga tiket itu tidak termasuk bayaran pemprosesan dan caj tiket.

“Selamat datang ke acara revolusioner, “UND3RGROUND”, sebuah showcase yang tidak hanya menggabungkan tiga band indie terbesar di Malaysia – Butterfingers, Hujan dan Bunkface, tetapi juga menggambarkan perjalanan mereka dari gig-gig intim ke panggung arena yang megah.

“Showcase ini merupakan perhimpunan besar bagi para pecinta muzik yang mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan bakal menjadi suatu sejarah,”maklum laman web tersebut.

Pelbagai barangan menarik yang boleh diperolehi di sana seperti t-shirt UND3RGROUND, topi besbol, gelang getah, lanyard dan kad.

Untuk makluman, Butterfingers, Hujan dan Bunkface merupakan tiga band indie terbesar di Malaysia yang berada pada kelas tersendiri.

BACA JUGA: Tiket Konsert Siti Nurhaliza Laku Keras, “Sold Out” Dalam Tempoh Dua Jam

Sumber: Hitmanlive, Instagram @mohammadnohbinsalleh

The post Butterfingers, Hujan & Bunkface Berkongsi Pentas, Adakan Konsert Mac Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*