9 Kambing Dibebaskan Selepas Jalani Hukuman Penjara Selama Setahun

kambing dibebaskan penjara

9 Kambing Dibebaskan Selepas Jalani Hukuman Penjara Selama Setahun

Gara-gara melakukan kesalahan makan rumput dan daun pokok di tanah perkuburan, sembilan ekor kambing di bandar Barisal, Bangladesh akhirnya telah dibebaskan pada Jumaat  selepas dihukum penjara setahun, lapor The Business Standard.

Datuk Bandar Barishal City Corporation (BCC) yang baru dilantik Abul Khair Abdullah telah mengeluarkan arahan supaya binatang-binatang tersebut dibebaskan.

Keputusan itu dibuat selepas pemilik kambing, Shahriar Sachib Rajib merayu kepada datuk bandar tersebut untuk membebaskan haiwan tersebut pada Jumaat lalu.

Difahamkan, Disember tahun lalu kambing tersebut telah ditahan kerana memakan rumput yang berada di sebuah kawasan perkuburan di bandar itu.

Perkara itu turut disahkan oleh Swapon Kumar Das yang menjadi Pegawai pentadbiran BCC pada ketika itu.

BACA: Kenapa Mata & Anak Mata Kambing Kelihatan Pelik? Kajian Ini Ada Jawapannya

Harga daging jatuh mendadak, penternak agih biri-biri secara percuma elak kerugian

Sebelum ini, penternak biri-biri di Australia mengambil tindakan drastik untuk mengedarkan haiwan ternakan masing-masing secara percuma susulan penurunan harga yang mendadak.

Difahamkan, harga pasaran daging biri-biri di negara itu telah jatuh sebanyak 75 peratus dan menggemparkan industri ternakan di sana.

Menurut laporan Bloomberg, harga tersebut mencapai paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

Penurunan harga yang sangat rendah ini menyebabkan penternak haiwan berdepan dengan kekecewaan dan kerugian.

Selain itu, harga biri-biri juga dilaporkan merudum dengan harga ternakan tua hanya mencapai kira-kira $34 (RM159.27) secara purata pada Oktober.

Ada beberapa laporan mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini dijual dengan harga kurang dari satu dolar seekor, kata Jackson.

Banyak rumah persembelihan berada dalam kapasiti penuh dan menyebabkan segelintir pengusaha mengambil langkah drastik untuk mengurangkan bekalan.

Antaranya termasuklah, memberikan kambing biri-biri mereka secara percuma atau mematikan haiwan ternakannya bagi mengelakkan dari menanggung kos penjagaan dan seterusnya mambawa kepada kerugian.

“Sebahagian penternak hampir tidak mendapat apa-apa keuntungan. Keadaan sangat tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” ujar Andew Spencer, pengerusi di Sheep Producers Australia seperti dilaporkan Bloomberg.

Sumber: The Business Standard

BACA: Kambing ‘Sado’ Berjaya Dirakam Di Sebuah Pergunungan

The post 9 Kambing Dibebaskan Selepas Jalani Hukuman Penjara Selama Setahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*