Awas, Peniaga Bungkus Makanan Guna Dawai Kokot

peniaga bungkus dawai kokot

Awas, Peniaga Bungkus Makanan Guna Dawai Kokot

Kurang sebulan dari sekarang, semua umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Semua umat Islam juga akan menjalani ibadah puasa selama sebulan yang juga rukun Islam ketiga.

Lazimnya di negara kita, ketika tibanya bulan Ramadan, banyak kawasan akan menganjurkan bazar Ramadan untuk orang ramai membeli juadah berbuka puasa.

Antara juadah yang selalu menjadi perhatian seperti murtabak, roti john, nasi beriani, tepung pelita dan sebagainya.

Bila bercakap mengenai tepung pelita dan kuih-muih seangkatan dengannya, masih ada peniaga menggunakan dawai kokot untuk membungkus makanan.

Tahukan anda, penggunaan seperti dawai kokot, paku atau bahan berbahaya seumpamanya untuk membungkus makanan adalah menyalahi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Menurut infografik dari Bernama, pengendali makanan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hukuman lebih berat jika bahan itu ditemui dalam makanan iaitu denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Adalah menjadi tanggungjawab peniaga atau pengendali makananan untuk pilih pembungkus makanan yang bukan toksik dan cukup kuat untuk menahan koyak atau bocor. Selain itu, menjejaskan keselamatan dan kesesuaian makanan dan mempu mengelakkan kerosakan pada makanan.

Sebagai pembeli juga perlu tahu hak kita sebagai pengguna. Jika anda terbeli makanan dibungkus dengan dawai kokot, laporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau di SISPAA KKM atau di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.

Antara kesan tertelan dawai kokot seperti pendarahan gusi dan mungkin mencederakan saluran makanan, boleh menyebabkan calar di kawasan tekak atau berasa sakit di tekak ketika menelan.

Sama-sama kita menjadi peniaga dan pengguna yang bertanggungjawab agar tiada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Sumber: Bernama

BACA JUGA DI SINI

The post Awas, Peniaga Bungkus Makanan Guna Dawai Kokot appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*