FIFA iktiraf tak piala ni? – TMJ

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berminat untuk membawa pasukan itu menyertai tiga pertandingan yang sudah dimenangi Selangor FC.

Menerusi satu komen ditinggalkan di portal bola sepak, MakanBola, Tunku Ismail mahu menyertai pertandingan itu jika ia diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“FIFA iktiraf tak piala ni? “Kalau ya nak sertai,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Kejayaan menjulang Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Sabtu lalu selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 menyaksikan ‘The Red Giants’ sudah melakar hatrik trofi pada musim ini.

Sebelum itu, mereka memenangi Cabaran Asia Selangor dan juga Piala RCTI Premium Sports yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

sumber: BH

SFC berpeluang menambah trofi keempat pada musim ini apabila mara ke final Piala FA menentang juara bertahan, JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.