Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini

logo baharu lama uitm

Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini

Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia.

Universiti ini memiliki cawangan-cawangan yang ada di hampir semua negeri di Malaysia.

Pada awal penubuhannya iaitu di tahun 1956, institusi ini dikenali sebagai nama Dewan Latehan RIDA.

Penubuhan institusi ini susulan hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951.

Seterusnya, institusi ini telah bertukar nama beberapa kali iaitu kepada Maktab MARA dan Institut Teknologi MARA (ITM) sehinggalah pada tarikh keramat 26 Ogos 1999.

Pada tarikh tersebut, nama ITM telah ditukar kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) secara rasmi oleh Perdana Menteri Keempat, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara ini menunjukkan bahawa insitusi ini memiliki sejarah yang amat panjang.

Ia juga berjaya membantu Malaysia melahirkan tenaga kerja berwibawa untuk membangunkan negara.

Selain nama, tahukah anda bahawa logo UiTM juga melalui evolusi dengan perubahan beberapa elemen pada logonya?

Jangan terkeliru, ini dua perbezaan pada logo lama dan logo baharu UiTM

Namun disebabkan rekaan baharu masih mengekalkan beberapa ciri-ciri rekaan lama, maka ramai yang terkeliru dan masih menggunakan logo yang lama.

Oleh sebab itu, pihak UiTM (@uitm_channel) telah mengeluarkan satu video yang menjelaskan perbezaan kedua-dua logo UiTM, yang baru dengan yang lama.

logo uitm baharu dan lama
Kredit: UiTM via TikTok

Berdasarkan gambar di atas, logo di bahagian atas adalah logo lama manakala yang di bawah adalah logo baharu.

Pertama sekali, warna yang digunakan pada logo baharu lebih terang jika dibandingkan dengan logo lama.

Terdapat kontra yang jelas antara ketiga-tiga warna dalam logo yang baharu jika dibandingkan dengan komposisi warna dalam logo lama.

Selain itu, perbezaan antara kedua-dua logo ini juga boleh dilihat menerusi jenis khat pada tulisan jawi nama UiTM itu sendiri.

Logo lama telah menggunakan tulisan khat jenis Raihani. Khat jenis ini dibangunkan pada abad kesepuluh dan diperhalusi oleh Sheikh Hamdullah pada abad ke-15.

Penggunaan khat Raihani telah digunakan untuk menyalin semula kitab suci al-Quran dan penggunaannya semakin berkurangan sejak abad ke-17.

Selepas itu, penggunaan khat naskh mengambil alih dan menjadi pilihan dalam dunia kaligrafi Islam.

Kredit: UiTM via TikTok

Manakala, tulisan jawi pada logo baharu pula menggunakan khat Thuluth, iaitu sejenis khat yang lazim digunakan dalam seni bina Islam.

Khat jenis ini banyak digunakan sebagai hiasan di dalam rumah, masjid serta masih digunakan sehingga ke hari ini.

logo uitm lama dan baharu
Kredit: UiTM via TikTok

Logo UiTM baharu juga boleh diakses menerusi laman web UiTM pada bahagian Pengurusan Jenama.

Pada bahagian tersebut, anda boleh memilih jenis logo korporat dan penduan untuk meletakkan logo tersebut pada kertas tugasan, poster, baju dan lain-lain.

Dengan penjelasan ini, maka kita dapat membezakan antara logo lama dengan logo baharu UiTM.

Semoga para siswa dan siswazah UiTM serta orang awam tidak terkeliru lagi dalam menggunakan kedua-dua logo ini.

@uitm_channel

TRIVIA LOGO UiTM | Jom kenali logo UiTM..ingt lepas ni jgn buat salah lagi yee #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

BACA: Isteri Curiga Suami Kalut Bila Fon Bunyi, Rupanya Dah Terkena ‘Gangguan’

Sumber: uitm_channel via TikTok

The post Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*