Tun Daim Fail Permohonan Semakan Kehakiman, Cabar Siasatan SPRM

Tun Daim fail permohonan

Tun Daim Fail Permohonan Semakan Kehakiman, Cabar Siasatan SPRM 

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, isteri serta empat anaknya memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar siasatan yang dijalankan terhadap mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Daim, 85, dan isterinya Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, 66, serta empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, dan Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta Ilham Tower Sdn Bhd selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam (10 Jan) menerusi Tetuan Tommy Thomas .

Mereka menamakan SPRM dan pendakwa raya sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam notis permohonan yang diperoleh media hari ini, pemohon berkata pada 30 Dis 2023, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan terhadap Daim telah dibuka berdasarkan maklumat daripada “Pandora Papers”.

Menurut Daim, Pandora Papers adalah fail sulit yang tersebar pada tahun 2021 yang mendedahkan nama pemilik syarikat luar pesisir, aset, dan akaun bank di luar negara yang di luar bidang kuasa Malaysia.

Bagaimanapun, beliau mendakwa fail terbabit tidak menyatakan sebarang kesalahan dilakukan olehnya dan keluarga.

Menerusi permohonan itu, Daim dan ahli keluarganya memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya SPRM dan pegawainya menghentikan semua penyiasatan terhadap mereka sekiranya mahkamah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Selain itu, mereka memohon satu perintah antaranya supaya SPRM dan pegawainya membatalkan semua penyiasatan yang dimulakan terhadap mereka sejak Februari 2023 sehingga kini dan membatalkan semua notis yang dikeluarkan oleh SPRM.

Pengurusan kes ditetapkan pada 16 Jan ini secara sidang video di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA

The post Tun Daim Fail Permohonan Semakan Kehakiman, Cabar Siasatan SPRM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*