Ada Masa Kena Tukar, Lelaki Jelaskan Fungsi “Internal”& “External Circulation” Kereta

internal dan external circulation

Ada Masa Kena Tukar, Lelaki Jelaskan Fungsi “Internal”& “External Circulation” Kereta

Sewaktu membeli kereta baharu, kebiasaannya penjual akan memberikan penerangan mereka berkenaan beberapa fungsi yang ada pada kereta tersebut.

Namun tidak semua penjual di pusat jualan menerangkan fungsi penting yang ada di dalam kereta tersebut.

Sebagai contoh, fungsi satu ciri yang ada pada penyaman udara atau air-cond kereta anda.

Ciri yang dimaksudkan adalah ‘internal circulation dan external circulation, atau dalam bahasa mudahnya ialah peredaran udara dalaman dan luaran.

Mungkin sesetengah pengguna tahu berkenaan kegunaannya, namun tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk menggunakannya.

Justeru, untuk mengetahui bila dan bagaimana untuk menggunakan ciri tersebut, mari ikuti perkongsian SK pada hari ini.

Perkongsian menarik itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki menerusi perkongsian video di TikTok (@azbicentre) miliknya.

Menurut lelaki itu, internal dan external circulation dicipta adalah untuk pengguna menikmati perjalanan mereka yang selesa semasa pemanduan.

Kredit TikTok

Tambahnya, orang ramai kebiasaannya hanya akan menggunakan internal circulation semasa pemanduan mereka.

Namun bagi fungsi external circulation pula, ramai orang tidak mengetahui bila masa yang sesuai untuk menggunakannya.

Jelasnya, external circulation adalah digunakan semasa melakukan perjalanan jarak jauh.

Kredit TikTok

External circulation ni adalah untuk perjalanan jauh. Masa tu lah pakai external circulation ni. Fungsi dia akan masukkan udara segar, masukkan oksigen dan tambah oksigen dalam kereta. Itu tujuan dia,” jelas lelaki itu.

Jika oksigen segar dimasukkan ke dalam kereta, pemandu atau penumpang di dalam kereta tidak akan mudah berasa pening dan hilang fokus.

Namun begitu, jika anda memandu di dalam kawasan bandar, elakkan guna ciri ini dan gunakan pula internal circulation.

Tambahnya, jika semasa pemanduan dalam bandar anda menggunakan external circulation, bau-bauan dan pencemaran udara seperti bau diesel serta ekzos akan masuk ke dalam kereta anda.

Ini boleh mendatangkan ketidakselesaan semasa pemanduan dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Katanya lagi, sesetengah kereta keluaran terbaru akan hadir dengan ciri panel auto bagi fungsi tersebut dan ia akan lebih memudahkan pemilik kenderaan.

Anda hanya perlu tekan panel auto dan semua sensor yang berada di kereta anda akan melakukan fungsi itu kepada kenderaan anda.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Macam mana dengan perkongsian hari ini? Di harap ia dapat memberikan manfaat kepada pembaca berkenaan fungsi ciri tersebut.

@azbicentre

Korang tahu tak apa beza external dan internal circulation ni? Hahh tengok video ni sampai habis. #azbicentre #fastservicejob #aircondtaksejukpadanmukakorang #infoaircondkereta #infokereta #tipsaircondkereta #fyp

♬ Hei Apa Apa x Tik Tak Tik Tik – Donny Fernanda

Sumber: TikTok/@azbicentre

The post Ada Masa Kena Tukar, Lelaki Jelaskan Fungsi “Internal”& “External Circulation” Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*