Ibu tunggal menderita gara-gara ‘kaki gajah’

PONTIAN – Seorang ibu tunggal yang kini menderita penyakit untut atau kaki gajah terpaksa menerima hakikat dia kini kehi­langan punca rezeki selepas tidak lagi mampu bekerja.

Lebih menyedihkan apabila permohonan Norhayati Abu Bakar, 51, untuk mendapatkan pencen ilat daripada pihak berkaitan tidak diluluskan.

Katanya, sebelum ini dia bekerja selama 15 tahun di sebuah kilang kelapa sawit di Kulai dan terpaksa berhenti pada 2015 akibat penyakit berkenaan.

“Sepanjang tempoh itu, arwah suami, Abdul Rahman Idrus te­lah berusaha turun naik pejabat di Johor Bahru bagi mendapatkan pencen ilat, namun ditolak dengan alasan penyakit yang di­hadapinya bukan ‘cacat kekal’

“Saya kini tiada sumber pendapatan bulanan dan hanya bergantung kepada sumbangan dari keluarga serta jiran,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Sepam, Benut di sini baru-baru ini.

Tambah Norhayati, suami­nya meninggal dunia tahun lalu disebabkan penyakit berkaitan Covid-19 menyebabkan dia kini hanya bergantung kepada elaun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Bantuan bagi kategori orang kelainan upaya (OKU) te­lah di­usahakan oleh arwah suami sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia mempunyai empat orang anak dan tinggal bersama dua anak lelaki termasuk anak sulungnya yang juga OKU mental berusia 31 tahun.

“Anak lelaki saya menerima elaun sebanyak RM400 yang juga digunakan bagi menampung perbelanjaan harian,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ­ramai yang ingin membantu boleh ­me­n­­g­­­hubungi Norhayati di ­ta­lian 013-2055425 atau anaknya, Hakim Abdul Rahman (013-7610608) atau akaun Maybank Norhayati Abu Bakar (151191631628).

The post Ibu tunggal menderita gara-gara ‘kaki gajah’ appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*