“Ada Tiga Struktur,” Lelaki Dedah Rahsia Bagaimana Dana SJKC Kukuh

struktur sjkc dana

“Ada Tiga Struktur,” Lelaki Dedah Rahsia Bagaimana Dana SJKC Kukuh

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C) merupakan sekolah vernakular di bawah kerajaan yang berasaskan kaum Cina dan sebahagiannya dipercayai dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Umum mengetahui, masyarakat Cina kebanyakannya bermurah hati dalam menyumbang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) demi mendapatkan pembelajaran yang bagus untuk anak-anak di sekolah.

Tetapi, pernah tak anda terfikir, selain daripada bantuan PIBG dan kerajaan, apakah lagi struktur yang ada di sekolah itu yang membantu dalam memberi dana kepada sekolah?

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @najib.arvia (Najib) di TikTok, ia membongkar rahsia SJK (C) mengumpul dana berjuta-juta ringgit selain daripada bantuan kerajaan.

Kata Najib, perbincangan itu dibincangkan semasa beliau menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah Gombak yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Majlis itu diadakan di Dewan SJK (C) Selayang Baru pada Khamis, 6 Julai lalu.

Penerangan mengenai struktur yang ada di SJK (C) itu diterangkan oleh salah seorang wakil daripada Lembaga Sekolah.

Tiga struktur penting

Dalam video berdurasi satu minit 44 saat itu, dia menerangkan setiap SJK (C) mempunyai tiga struktur yang dikatakan adalah ‘pokok’ terhadap sekolah tersebut.

‘Pokok’ ini yang membantu dalam memastikan para pelajar diberikan keselesaan dari segi infrastruktur, pendidikan dan lain-lain.

“Tiga perkara itu merupakan pokok kepada sekolah Cina. Setiap badan memainkan peranan penting untuk sekolah,” katanya.

Jelasnya, struktur pertama adalah alumni SJKC. Biarpun telah ramai yang menjadi bekas pelajar sekolah itu namun mereka masih berkhidmat dalam memberikan dana.

Alumni sekolah itu memainkan peranan dalam mengusahakan program komuniti sekolah.

“Macam alumni, tanggungjawabnya adalah bantu sekolah untuk usahakan semua program-program yang dipanggil program komuniti.

“Kemudian yang kedua adalah lembaga. Lembaga menjaga harta benda sekolah. Terutamanya dewan, sekolah yang bumbung rosak, fasiliti dan semua infrastuktur yang lusuh.

“Selain daripada bantuan kerajaan, lembaga juga akan mengeluarkan dana, dan mendapatkan dana daripada orang ramai untuk membaik pulih sekolah,” jelasnya.

Manakala yang terakhir adalah PIBG, seperti yang diterangkan pada awal tadi. Pun begitu, tanggungjawab PIBG ini tertumpu kepada bidang pendidikan.

“Untuk PIBG, semua orang sudah tahu bahawa ini adalah hubungan di antara cikgu dan ibu bapa.

“PIBG hanya terlibat dalam melakukan kokurikulum yang dilakukan pihak sekolah dan lebih terlibat dengan pendidikan.

“Bagaimanapun, pihak PiBG tidak terlibat dengan melaksanakan derma,” ujarnya.

@najib.arvia

Rahsia SJKC kumpul DANA berjuta2 ringgit ! #sjkc #danasekolah

♬ original sound – Najib Arvia® – Najib Arvia®

Sumber: @najib.arvia/TikTok

The post “Ada Tiga Struktur,” Lelaki Dedah Rahsia Bagaimana Dana SJKC Kukuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*