Dua Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai Lebih RM114,0000

dua lelaki ditahan syabu

Dua Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai Lebih RM114,0000

MELAKA, 28 Feb (Bernama) — Polis menahan dua lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 3.16 kilogram bernilai RM114,668 dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Tanjung Kling pada 23 Feb lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata suspek berusia 24 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 3.30 pagi di sebuah premis dipercayai menjadi tempat tinggal dan kegiatan pembungkusan dadah.

Beliau berkata polis turut menyita barang kemas bernilai RM 21,763 dan wang tunai RM13,000.

“Berdasarkan risikan hasil maklumat awam, sindiket ini dipercayai telah bergiat aktif sejak Jun tahun lepas dan dadah yang dirampas adalah bagi pasaran Batu Pahat serta Johor Bahru untuk kegunaan 15,820 penagih dadah.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkenaan tidak bekerja dan turut mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata hasil saringan awal ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphethamine.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Rampas 237 KG Syabu Bernilai Lebih RM8 Juta, Tahan Tujuh Lelaki

The post Dua Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai Lebih RM114,0000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*