Miliki 4.5 Juta “Followers”, Ini Kucing Paling Terkenal Di Dunia

kucing paling terkenal dunia

Miliki 4.5 Juta “Followers”, Ini Kucing Paling Terkenal Di Dunia

Kucing merupakan salah satu haiwan yang digemari ramai di seluruh dunia. Tambahan lagi, telatah dan gelagatnya yang mencuit hati sentiasa menceriakan suasana rumah.

Namun siapa yang menyangka dengan sekecil pemberian terhadap haiwan mampu mengubah segala-galanya dalam kehidupan.

Bermula dengan pertemuan seekor kucing tidak dikenali di pusat penyelamat haiwan.

Kini, seekor kucing bernama Nala merupakan kucing paling terkenal di dunia. Ia mempunyai 4.5 juta pengikut di Instagram dan mempunyai keuntungan melebihi RM448.6 juta ($100 Juta).

nala kucing
Gambar: Instagram nala_cat

Nala telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh pemiliknya, Varisiri Mathachittiphan atau dikenali sebagai Pookie sejak melawat pusat berkenaan.

Mereka kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menurut Varisiri, dia mula memuat naik gambar si bulus itu di Instagram pada tahun 2012.

“Saya fikir Nala merupakan kucing pertama di internet yang mempunyai identiti dirinya sendiri. Seolah-olah dia yang bercakap dan saya fikir mungkin itulah sebab mengapa ramai orang menyukainya.

“Dia mempunyai keperibadian yang tersendiri dan sangat comel,” kata pemilik kucing itu.

nala kucing
Gambar: Instagram nala_cat

Pemegang Rekod Dunia Guinness

Untuk pengetahuan, Nala merupakan Pemegang Rekod Dunia Guinness yang mempunyai pengikut paling ramai untuk seekor kucing di Instagram dan TikTok.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nala Cat ™ (@nala_cat)

Disebabkan itu, kucing jenis campuran Siam/tabby itu menjadi duta kepada jenama makanan kucing termasuk mempunyai barangannya tersendiri.

kucing paling terkenal dunia
Gambar: Instagram nala_cat

Ketika ditanya mengenai tawaran yang diterima oleh haiwan itu, Pookie menjelaskan bahawa hampir setiap masa dia menerima tawaran daripada pihak luar.

BACA JUGA: Penyelidik Dapati Kucing Sebenarnya Tahu Nama Mereka, Namun Mengabaikannya Bila Dipanggil

Tambah Pookie, dia mahu mendedikasikan masanya untuk bersama komuniti untuk berkongsi buah fikiran dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Sehingga ke hari ini, saya masih tidak percaya saya mampu berada pada tahap ini termasuk di depan televisyen anda. Saya sangat berterima kasih atas semua perkara.

“Saya berpendapat bahawa semua ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri,” katanya.

Bertemu Jodoh

Pookie turut mendedahkan bahawa dia turut menemui pasangan hidupnya melalui Nala.

Difahamkan, dia bertemu jodoh dengan pasangannya sewaktu menempah tali leher untuk kucing itu di Instagram.

“Saya bertemu dengan Shannon (suaminya) ketika dia menjual tali leher kucing di Etsy. Dan itulah cara saya dan dia bertemu.,” katanya lagi.

Menyebarkan Kesedaran

kucing paling terkenal dunia
Gambar: Instagram nala_cat

Bukan sahaja terkenal di media sosial, kucing berkenaan menjadi medium untuk menyebarkan kesedaran tentang kebajikan haiwan. Hasil keuntungan yang diperolehi akan disumbangkan kepada badan amal haiwan.

“Ia menjadi salah satu matlamat utama kami sejak pertama kali bertemu di pusat perlindungan haiwan.

“Dengan syarikat yang menjalinkan kerjasama bersama, kami cuba membantu dengan mendermakan dana kepada tempat perlindungan,” maklumnya lagi.

Sumber: Daily Mail

The post Miliki 4.5 Juta “Followers”, Ini Kucing Paling Terkenal Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*