Adakah Kami Akan Bermain Atas Sawah Padi di Stadium-Stadium Lain? – TMJ

bermain atas sawah

Adakah Kami Akan Bermain Atas Sawah Padi di Stadium-Stadium Lain? – TMJ

Seperti semua sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang bercirikan iklim lembap dan menerima hujan yang banyak sepanjang tahun. Adalah sangat penting untuk pasukan-pasukan Liga Malaysia memiliki padang yang dilengkapi sistem pemparitan yang cemerlang.

Ini bagi mengelakkan air bertakung dan lecak selepas hujan lebat supaya tidak menjejaskan perlawanan liga yang berlangsung. Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menunjukkan kualiti padang di Stadium Sultan Ibrahim.

“Tiada lecak, tiada takungan air. Top drainage!” kata TMJ. Baginda juga mengajukan soalan kepada Malaysian Football League (MFL) selaku pengelola Liga Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk, “Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium-stadium lain?” tanya TMJ.

bermain atas sawah

Menurut TMJ, sudah tiba masanya semua padang yang terlibat dengan penganjuran Liga Malaysia menaik taraf sistem perpaipan untuk memastikan kualiti permainan ketika perlawanan berlangsung tidak terjejas.

SK mengambil contoh perlawanan Negeri Sembilan FC dan PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi tempoh hari. Boleh dikatakan lebih 60 peratus keadaan padang berlecak dan air bertakung selepas hujan. Namun, perlawanan tetap diteruskan dengan kelancaran permainan yang sangat mendukacitakan.

Ada benar apa yang dikatakan oleh TMJ. Padang seharusnya menjadi misi utama untuk diperbaiki sebelum menaiktaraf fasiliti stadium yang lain. Padang yang terbaik bakal memberikan kepuasan bermain dengan kadar optimum.

Sumber: TMJ

BACA JUGA: Faisal Halim Follow TMJ

The post Adakah Kami Akan Bermain Atas Sawah Padi di Stadium-Stadium Lain? – TMJ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*