Wanita Dilapor Maut, Motosikal Ditunggang Terperosok Bawah Lori

Wanita Maut Motosikal DiTunggang Terperosok Bawah Lori

Wanita Dilapor Maut, Motosikal Ditunggang Terperosok Bawah Lori

JOHOR BAHRU — Seorang wanita berusia 31 tahun dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pandan, Kampung Melayu Majidee awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian terus Mers999 pada jam 9.35 pagi.

Difahamkan, seramai enam orang anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tebrau dan satu unit jentera FRT telah dihantar ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pasukan Operasi Keluaran (PKO),Pegawai Bomba Kanan II Hadi Mohamad sewaktu tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan jenis Daihatsu dengan motosikal jenis Yamaha 125z.

“Terdapat seorang mangsa (penunggang motosikal) berada di bawah lori tersebut dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

“PKO bertindak mengangkat mangsa dengan menggunakan satu unit Stretcher dan serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelas Hadi.

Tambahnya, operasi itu ditamatkan sekitar jam 10.39 pagi Ahad tadi.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

The post Wanita Dilapor Maut, Motosikal Ditunggang Terperosok Bawah Lori appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*