Lim Guan Eng Disiasat Polis Berkenaan Isu 3R

lim guan eng isu 3r

Lim Guan Eng Disiasat Polis Berkenaan Isu 3R

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima beberapa laporan polis dan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng berkenaan kenyataannya yang dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum).

Dalam satu kenyataan, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G.Suresh Kumar berkata Guan Eng mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

“Kenyataan itu dipercayai diucapkan beliau semasa berucap dalam program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore – Malaysia Tour 2023’ di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.

“Pada 8 Julai, portal berita Malaysianow turut menyiarkan artikel berhubung kenyataan Pengerusi DAP tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau turut berkata siasatan berkenaan kenyataan Guan Eng akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Ia disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan.

Tegas Suresh Kumar, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Guan Eng dapat Pelepasan Sementara pasport untuk hadir pengebumian bapa saudara

Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Sesyen membenarkan pelepasan sementara pasport Guan Eng untuk membolehkan beliau ke Singapura bagi menghadiri upacara pengebumian bapa saudaranya.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan peguam Syafiqah Sofian yang mewakili Guan Eng dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh.

“Mahkamah membenarkan permohonan pemohon (Guan Eng) untuk mendapatkan pelepasan pasport, bagaimanapun pemohon perlu memulangkan pasport dalam tempoh lima hari dari tarikh 5 Mac,” kata hakim itu.

Terdahulu, Syafiqah dalam hujahnya berkata anak guamnya memerlukan pasport itu untuk ke Singapura dan beliau akan berlepas ke negara berkenaan pada jam 4.30 petang dan akan kembali ke sini, pada 5 Mac.

Sumber: PDRM/Facebook

The post Lim Guan Eng Disiasat Polis Berkenaan Isu 3R appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*