Gempa Bumi Turkiye: Banyak Bangunan Runtuh, Rosak

gempa bumi turkiye

Gempa bumi kuat 7.8 magnitud dilaporkan berlaku di Turkiye awal pagi waktu tempatan.

Susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Gaziantep, Selatan Turkiye hari ini menyaksikan pelbagai kemusnahan yang berlaku akibat bencana tersebut.

Berdasarkan beberapa rakaman tular di media sosial mendedahkan detik-detik cemas sewaktu dan selepas berlakunya gempa berkenaan.

Lebih teruk lagi, beberapa bangunan di lokasi kejadian turut dilaporkan runtuh berikutan gempa kuat. Orang ramai dilihat turut berada di sekitar lokasi berkenaan.

Terdahulu, satu gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pada skala Ritcher dilaporkan berlaku berhampiran Gaziantep di tenggara Turkiye hari ini, maklum Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat (USGS).

Difahamkan, gempa itu berlaku pada jam 4.17 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 17.9 kilometer bawah laut.

Sementara itu, USGS turut melaporkan satu lagi gempa susulan berlaku yang mencatatkan 6.7 magnitud sekitar 15 minit kemudian berhampiran kawasan sama.

Gegaran kuat itu juga dapat dirasai sehingga di beberapa negara seperti Lubnan, Syria dan Cyprus. Sehingga kini, tiada sebarang angka kematian atau kecederaan dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, Agensi Pengurusan Bencana Tempatan (AFAD) mendakwa gempa tersebut berukuran 7.4 pada skala Ritcher.

BACA JUGA: Gempa Bumi Kuat Gegar Utara Sumatera, Netizen Dakwa Terasa Sampai Ke Puchong

Menurut pakar, mereka telah lama memberikan amaran bahawa gempa bumi dahsyat boleh memusnahkan ibu negara itu susulan pelbagai pembangunan tanpa langkah keselamatan.

Untuk makluman, wilayah selatan Gaziante merupakan salah satu lokasi perindustrian hab dan pembuatan utama di Turkiye (bersempadan dengan Syria).

Bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu zon gempa yang paling aktif di dunia.

Terdahulu, gempa bumi paling teruk dicatatkan pada tahun 1999 di Duzce, Turkiye sejak beberapa dekad dengan berukuran 7.4 pada skala Richter.

Dalam bencana alam itu, lebih 17,000 orang dilaporkan terkorban termasuk kira-kira 1,000 orang di Istanbul.

Pada 2020, gempa bumi berukuran 6.8  pada skala Ritcher telah melanda Elazig. Lebih 40 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.

Pada Oktober tahun yang sama, satu lagi gegaran dicatatkan dengan bermagnitud 7.0 pada skala Ritcher di Laut Aegan yang membunuh 114 orang dan lebih 1,000 orang cedera.

Sumber: AFP

The post Gempa Bumi Turkiye: Banyak Bangunan Runtuh, Rosak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*