Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ?

Padam memori

Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ?

Beberapa hari lalu, SK ada menulis berkenaan satu artikel yang memperjelaskan terdapat satu teknologi di Malaysia yang boleh padam memori. Tapi betul ke teknologi tu boleh padam memori?

Setelah dibaca dan fahami, rupanya ia adalah sebuah teknologi terbaru dalam sebuah siri di Viu yang bertajuk Alter-Naratif.

Siri yang mengangkat tema psychological thriller ini merupakan cerita mengenai sebuah agensi yang menawarkan servis untuk mengubah suai atau padam memori seseorang. Terutamanya kepada orang yang mempunyai trauma di masa silam. 

Disebabkan teknologi yang canggih ini, terdapat risiko yang tinggi perlu dihadapi oleh pencipta dan penggunanya. Terutamanya jika orang mencuri teknologi ini. Apa akan jadi dengan teknologi dan data pengguna jika jatuh ke tangan orang yang salah? 

Jom SK review sikit episod satu hingga empat siri Alter-Naratif ni. 

Sekilas episod 1

Dalam episod pertama lagi dah ada isu, bila ada seorang ibu ni mahu lakukan prosedur itu bagi memadam memori mengenai anaknya yang mati dilanggar kereta. So, kita boleh tengok lah bagaimana EDA ni berfungsi. Bukan itu sahaja, EDA juga mula terancam bila ada pihak yang cuba mencuri teknologi memadam memori mereka. 

Sekilas episod 2

Dalam episod kedua, konflik semakin bertambah apabila ada klien yang mengalami amnesia mahukan ingatan mengenai dirinya kembali.  

Lebih parah dalam episod ini adalah pelabur utama yang berminat dengan teknologi EDA mahu padam memori cucunya yang menjadi saksi kepada satu kes jenayah! Gila lah!   

Sekilas episod 3

Episod tiga pula tentang Mel yang dah mula syak ada orang lain dah ubah suai memori dia dan Mel pula mula mengingati siapa gerangan saintis misteri yang selalu hadir dalam mimpinya.  

Akan terjawabkah segala persoalan yang berada dalam mimpi Mel nanti? 

Sekilas episod 4

Kini Mel mula syak siapakah dalang yang  telah bertindak menanam memori palsu dalam dirinya. Dalam masa sama, Mel terdengar salah seorang ahli EDA  sedang bercakap dalam bahasa asing yang disyaki ada kaitan dengan Yoshimoto. 

Apa yang berlaku dekat EDA kali ini bila mereka lakukan prosedur ke atas Yoshimoto? Siapakah sebenarnya spy dalam syarikat EDA ni? 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut perjalanan dan penamat cerita ni boleh la layan dekat Viu. Korang just klik untuk ketahui lanjut mengenai siri terbaru Viu ini. 

Bukan setakat jalan cerita je menarik, siri ini juga membarisi pelakon-pelakon yang hebat. Antaranya Nabila Huda, Liyana Jasmay, Neera Azizi, Gambit Saifullah, Rahim Omar dan ramai lagi. 

Jadi jangan lepaskan peluang tonton siri yang segar dan lain daripada yang lain ni. 

The post Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*