Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 Ditutup Bermula Isnin Depan

Jalan Kuantan-Segamat ditutup

Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 Ditutup Bermula Isnin Depan

KUANTAN, 22 April (Bernama) — Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu pengguna boleh menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan dari kedua-dua arah iaitu Kuantan/Gambang ke Muadzam melalui Laluan FT 03 (Kuantan-Endau melalui bandar Pekan) dan Laluan FT 63 (Leban Condong-Muadzam Shah).

“Semua pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan lebih awal dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan jambatan Bailey mendap serta berlaku kesesakan lalu lintas di laluan terbabit sewaktu musim perayaan Aidilfitri.

Media melaporkan peningkatan jumlah kenderaan berat terutama melebihi had muatan 20 tan dikenal pasti sebagai punca kerosakan jambatan berkenaan dan hasil pemantauan di tapak mendapati plat keluli yang menyambungkan ramp atau tanjakan ke jalan tuju telah rosak.

Jambatan yang bertujuan menghubungkan jalan terputus akibat banjir itu dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Jan lepas.

BACA: Abu Al Sebaa, Lelaki Pemurah Tawar Makanan Percuma Kepada Jemaah Di Madinah Meninggal Dunia

Sumber: Bernama

The post Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 Ditutup Bermula Isnin Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*