Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri Ditubuhkan – PMO

jawatankuasa penasihat dasar

Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri Ditubuhkan – PMO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri (Policy Advisory Committee to the Prime Minister, PMAC).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican. Tidak cuma itu, ia turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk memberi khidmat nasihat berhubung pembangunan negara dan daya tahan ekonomi selari dengan Ekonomi Madani.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.
“Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” jelasnya.

Jawatankuasa Penasihat tidak terima sebarang bayaran daripada kerajaan Malaysia

Jelas PMO lagi, jawatankuasa yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Memetik laporan Sinar Harian, Kerangka Ekonomi Madani yang dilancarkan pada tahun lepas bertindak sebagai asas kepada beberapa dasar yang diumumkan kerajaan.

Hal ini termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Anwar turut berkata, kerangka itu mewakili pendekatan kerajaan Malaysia yang bersifat komprehensif. Bukan itu sahaja, kerangka itu juga berasaskan nilai untuk menangani masalah sosial dan ekonomi yang telah lama membelenggu Malaysia

Ujarnya, kerangka ini mewakili strategi yang menyeluruh untuk merancakkan semula ekonomi Malaysia. Rancangan ini turut memberi fokus kepada bidang utama untuk pertumbuhan ekonomi dan daya tahan mampan.

Latar belakang Pengerusi PMAC

Dalam pada itu, Pengerusi PMAC, Mohd Hassan sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas pada 1991. Seterusnya, beliau telah menjawat jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang sama dari 1995 hingga 2010.

Berdasarkan portfolio yang memberangsangkan dalam Petronas, beliau telah melakukan pelbagai kemajuan dan meletakkan syarikat gas dan minyak gergasi negara itu setanding dengan syarikat gas dan minyak lain.

Mohd Hassan juga merupakan individu yang bertanggungjawab meletakkan Petronas dalam senarai Fortune Global 500 dengan keuntungan bersih AS$4.3 bilion (RM20.48 bilion) dan mencapai kedudukan ke-254 di dunia.

BACA: Abu Al Sebaa, Lelaki Pemurah Tawar Makanan Percuma Kepada Jemaah Di Madinah Meninggal Dunia

Sumber: Pejabat Perdana Menteri Sinar Harian

The post Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri Ditubuhkan – PMO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*