Palestin Gusar, Ahli Parlimen Israel Cadang Nak Bahagi Dua Masjid Al-Aqsa

Israel pembahagian masjid al-aqsa

Palestin Gusar, Ahli Parlimen Israel Cadang Nak Bahagi Dua Masjid Al-Aqsa

Seorang penggubal undang-undang Israel mengusulkan cadangan membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada dua kelompok agama, Islam dan Yahudi.

Menurut Middle East Eye, cadangan ini telah mengundang kerisauan dalam kalangan rakyat Palestin yang sudah sekian lama bimbang tempat suci itu dibahagikan.

Amit Halevi, ahli parlimen dari parti pemerintah, Parti Likud membentangkan cadangan tersebut ketika ditemubual oleh surat khabar, Zeman.

Dalam pelan berkenaan, Halevi berkata 30 peratus kawasan di bahagian selatan akan diberikan kepada penganut agama Islam, manakala selebihnya akan diserahkan kepada penganut Yahudi.

Kawasan tersebut termasuklah kawasan yang memuatkan Kubah As-Sakhrah.

Palestin gusar ahli parlimen Israel nak bahagi dua Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa adalah sebuah kompleks yang berkeluasan 14 hektar. Kubah Al-Sakhrah dan Dewan Solat Al-Qibli yang adalah sebahagian daripada kompleks ini yang merupakan kawasan suci ketiga buat umat Islam.

Mengikut perjanjian lama, aktiviti lawatan tanpa kebenaran, beribadah dan sebagainya oleh bukan penganut agama Islam di kawasan ini adalah tidak dibenarkan.

Manakala lokasi bukit dimana masjid itu terletak pula dikenali sebagai Temple Mount dalam kalangan penganut Yahudi. Mereka meyakini bukit tersebut merupakan lokasi kepada dua buah kuil purba agama berkenaan.

Sejak Israel menguasai timur Baitulmaqdis pada 1967, termasuklah kompleks berkenaan, kumpulan ultra nasionalis dari Israel  mendesak untuk melaksanakan “kedaulatan penuh” ke atas tapak berkenaan.

Desakan tersebut bagaimanapun mendatangkan rasa kurang senang bahawa hak warga Palestin dan penganut Islam ke atas tapak berkenaan akan digugat.

Kegusaran turut disokong oleh tindakan terdahulu Israel pada 1990-an yang membahagikan Masjid Ibrahim di Hebron kepada dua kelompok agama.

Warga Palestin menolak rancangan tersebut

Rancangan tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh Palestin dan mengingatkan tindakan ahli Parlimen berkenaan boleh mencetuskan perang atas agama.

Ia turut disokong oleh Jawatankuasa Pemerintah Tertinggi Hal Ehwal Gereja di Palestin. Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan menegaskan rancangan itu harus dihentikan.

BACA: “Bunyi Tak Elok”, Shila Amzah Tak Suka Gabungan Nama ‘Shi + Bai’ Dengan Tunang

Sumber: Middle East Eye

The post Palestin Gusar, Ahli Parlimen Israel Cadang Nak Bahagi Dua Masjid Al-Aqsa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*