Ahli Sejarah Dakwa Berjaya Kenal Pasti Lokasi Jambatan Potret Mona Lisa

jambatan Mona Lisa

Ahli Sejarah Dakwa Berjaya Kenal Pasti Lokasi Jambatan Potret Mona Lisa

Lukisan ‘Mona Lisa’ yang dilukis oleh pelukis terkenal Leonardo Da Vinci merupakan hasil seni yang mempunyai keindahan dan misteri disebalik identiti model serta lokasi bagi lukisan itu.

Perdebatan selama berabad telah menyatakan bahawa lokasi lukisan itu dilukis adalah di Ponte Buriano, pinggir bandar Arezzo di wilayah Tuscani, Itali.

Namun perdebatan itu akhirnya terjawab selepas, ahli sejarah Silvano Vinceti mendedahkan penemuan terbarunya.

Beliau mendakwa bahawa jambatan di belakang Mona Lisa itu adalah Jambatan Romito di bandar Tuscan, berdekatan Laterina.

“Bentuk tersendiri Sungai Arno di sepanjang wilayah itu sepadan dengan apa yang digambarkan Leonardo dalam landskap wanita terkenal itu,” kata Vinceti pada sidang media di Persatuan Akhbar Asing di Rom pada Rabu lalu.

Vinceti juga turut membuat pembinaan semula jambatan secara maya untuk menunjukkan persamaan itu menggunakan dokumen dari arkib di Florence.

Lukisan popular ‘Mona Lisa’ telah dilukis pada awal abad ke-16 yang lalu.

Antara 1501 hingga 1503 sewaktu Da Vinci tinggal bersama dengan Kardinal Cesare Borgia berhampiran Laterina, dedah Vinceti.

Menurut Vinceti, jambatan itu digunakan dan mempunyai empat gerbang seperti yang digambarkan dalam karya seni tersebut.

Sebaliknya, jambatan Buriano mempunyai enam gerbang, kata Vinceti lagi.

Jambatan Romito dahulunya menghubungkan Arezzo, Fiesole dan Florence, namun kini jambatan itu telah runtuh.

Vinceti berkata beliau telah mengkaji imej dron tebing sungai, runtuhan dan gambar selama bertahun-tahun. Kajian itu untuk menentukan lokasi karya seni itu adalah jambatan Romito.

BACA: Lelaki Beli Lukisan Berharga RM125, Tak Sangka Nilai Sebenar Rupanya RM41 Juta

Sementara itu, Datuk Bandar Laterina, Simona Neri turut hadir pada sidang media itu dan teruja dengan prospek yang bakal membawa pelancong ke bandar itu.

“Kami sangat berharap berita baik ini akan menarik minat pelancong asing dan tempatan. Penemuan terbaru ini merupakan peluang yang baik untuk ekonomi pelancongan kami, di mana kami boleh mula bekerja bermula dari naturalistik, budaya dan monumental,” kata Simona.

“Kami perlu cuba untuk melindungi apa yang tersisa dari jambatan itu yang akan memerlukan pembiayaan,” kata Simona sambil menyatakan bahawa terdapat dana yang tersedia apabila terdapat perkara yang terikat dengan Da Vinci.

Sumber: CNN

The post Ahli Sejarah Dakwa Berjaya Kenal Pasti Lokasi Jambatan Potret Mona Lisa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*