AirAsia X Jadi Rakan Larian Terbesar Di Dunia Bersama City2Surf, Australia

Sydney, Australia – AirAsia X buat julung kalinya berganding dengan acara ‘Larian Riang Terbesar Di Dunia,’ City2Surf di Sydney, yang berlangsung pada 12 Ogos 2023 dari Kota Sydney ke Pantai Bondi. Bukan itu sahaja, tambang penerbangan yang dijual dari atau ke Australia dan New Zealand pun lebih jimat dan berbaloi tau.

Yang lagi menarik, AirAsia X juga menyediakan pelbagai hiburan dan persembahan serta “Prize Wheel” untuk 80,000 orang peserta memenangi hadiah lumayan tau. Hadiah yang ada termasuklah barangan eksklusif dari AirAsia dan berpeluang memenangi dua penerbangan pergi balik untuk dua orang dari Sydney ke Kuala Lumpur atau Auckland, New Zealand.

Larian Terbesar Di Dunia

Rajiv Kumar dari Ashfield Sydney adalah salah seorang pemenang bertuah untuk pertandingan “Prize Wheel” dan juga pelari dalam acara City2Surf. Beliau juga menyatakan kegembiraan menyertai larian ini, namun beliau lebih menyifatkan hadiah dari AirAsia X ini menjadikan ianya lebih bermakna. 

“Saya telah merancang untuk kembali ke Delhi, India untuk melawat keluarga saya dan apabila saya melihat booth AirAsia X, apa salahnya untuk mencuba nasib, Betapa terkejutnya apabila menjadi pemenang!” Sekarang saya boleh mempercepatkan rancangan saya untuk membawa isteri saya melawat rakan-rakan dan keluarga terus ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Delhi, India tidak lama lagi.”

Larian Terbesar Di Dunia

Brian Whelehan dari Ireland dan kini tinggal di Sydney juga terharu dengan kemenangannya: 

“Sejujurnya, saya belum pernah memenangi apa-apa, malah tidak pernah menang tiket loteri jadi ini lebih daripada yang luar biasa. Sekarang kita berada di bahagian dunia ini, saya tak sabar untuk melawat Auckland untuk kali pertama bersama pasangan saya, Terima kasih AirAsia X!”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata City2Surf adalah acara larian yang terbesar di dunia dan beliau sangat berbesar hati AirAsia X untuk menjadi sebahagian daripada larian City2Surf:

“Kami bangga menjadi sebahagian daripada larian riang terbesar di dunia yang melibatkan 80,000 peserta dari serata dunia. Kami juga gembira dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan penerbangan yang selesa dan jimat untuk lebih banyak peserta antarabangsa menghadiri acara ini tahun ini. Bukan dari dari Malaysia, malah dari seluruh Asia. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dari kalangan pelari elit hingga kepada semua peserta yang menyertai larian. Kami ingin memastikan semua individu berpeluang untuk bercuti ke luar negara dengan tambang istimewa ke Australia/New Zealand bermula hari ini dengan tawaran yang hebat melintasi Laut Tasman dan dari Australia ke Kuala Lumpur seperti di bawah.”

Larian Terbesar Di Dunia

Tambang promosi dijual bermula hari ini 14 Ogos sehingga 17 Ogos 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 September 2023 hingga 31 Mac 2024 adalah seperti berikut (tambang satu hala – dua hala):

Ekonomi

  • Melbourne – Kuala Lumpur dari AUD269 (MYR804)
  • Perth ke Kuala Lumpur dari AUD189 (MYR565)
  • Gold Coast ke Kuala Lumpur dari AUD239 (MYR714)
  • Sydney ke Kuala Lumpur dari AUD269 (MYR804)
  • Auckland ke Sydney dari AUD 130 NZD135 (MYR403)
  • Auckland ke Kuala Lumpur dari NZD449 (MYR1342)

Tempat Tidur Premium

  • Melbourne ke Kuala Lumpur dari AUD799 (MYR2388)
  • Perth ke Kuala Lumpur dari AUD599 (MYR1790)
  • Gold Coast ke Kuala Lumpur dari AUD739 (MYR2209)
  • Sydney ke Kuala Lumpur dari AUD799 (MYR2388)
  • Auckland ke Sydney dari AUD 299 NZD299 (MYR893)
  • Auckland ke Kuala Lumpur dari NZD1199 (MYR3584)

AirAsia X meneruskan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Sydney pada September 2022 selepas pandemik. Syarikat penerbangan tambang murah yang memang menjadi pilihan ramai ini boleh membuat 11 kali penerbangan seminggu khas untuk penumpang mereka. Di Australia, AirAsia X juga terbang dari Melbourne, Perth, dan Gold Coast ke Kuala Lumpur. Malah, ianya juga menjadi laluan rutin harian membawa penumpang untuk pesawat A330 Widebody melintasi Laut Tasman antara Sydney dan Auckland.

Air Asia X juga menawarkan “Tempat Tidur Premium” dengan “Flatbeds”, bantal empuk, duvet, dan makanan percuma. Makanan lain seperti Nasi Lemak (Pak Nasser), Nasi Ayam dan lain-lain juga dijual dengan harga yang  lebih rendah daripada kos tempat duduk ekonomi. Dari Kuala Lumpur, penumpang dari Australia dan New Zealand boleh menghubungkan penerbangan ke 130 destinasi di seluruh rangkaian luas AirAsia termasuk India, Thailand, Vietnam, Korea, Jepun, Filipina, China, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. 

Lihat Superapp AirAsia atau layari www.airasia.com untuk maklumat lanjut.

The post AirAsia X Jadi Rakan Larian Terbesar Di Dunia Bersama City2Surf, Australia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*