“Akhirnya Selesai,” Zed Zaidi Luah Rasa Syukur Dapat Genggam Ijazah Sarjana 

zed zaidi genggam master

“Akhirnya Selesai,” Zed Zaidi Luah Rasa Syukur Dapat Genggam Ijazah Sarjana

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, itulah ungkapan yang menggambarkan sekiranya kita berusaha, pasti ada jalannya.

Baru-baru ini, nama pelakon tanah air, Zed Zaidi, 43, menjadi bualan selepas memuat naik satu video yang memaparkan dirinya sambil mengenakan jubah sewaktu majlis konvokesyen City University di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu akhirnya ‘genggam rapat’ segulung Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kepimpinan dan Pengurusan (Master of Education Leadership and Management).

Momen manis itu turut dikongsikannya menerusi platform Instagram rasmi miliknya.

Dalam klip video tersebut, mendedahkan gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis itu berlangsung.

Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil menyifatkan dirinya mampu menamatkan pengajiannya di peringkat tersebut adalah atas dorongan dan kata-kata semangat orang sekelilingnya.

BACA JUGA: “Merajuk Sampai Nangis,” Cair Hati Tengok, Usaha Watie Cuba Pujuk Matin Dipuji Ramai

“Akhirnya, selesai juga segala cabaran dan ujian semasa nak menghabiskan belajar ini.

”Terima kasih isteri, anak anak, keluarga, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan semua yang memberikan kata-kata semangat untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Pendidikan Dalam Bidang Kepimpinan Dan Pengurusan (Master of Education Leadership and Management),” tulisnya.

Motivasi Kepada Orang Ramai

Tambah penggiat seni tanah air tersebut, dia berharap agar kejayaan yang dikecapi ini dapat memberikan inspirasi terhadap orang ramai.

“Semoga apa yang saya lalui memberi motivasi kepada mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZED ZAIDI (@rozaidijamil)

Sementara itu, ruangan komen pada hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan ‘Tahniah’ oleh para pengikut di platform media sosial berkenaan.

 

 

zed zaidi genggam master

Pendidikan Zed Zaidi

Memetik perkongsian Sinar Harian, sebelum berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana, Zed telah melanjutkan pendidikan di peringkat Diploma Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia.

Manakala Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Utara Malaysia.

Nama pelakon itu semakin bersinar selepas berlakon dalam drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih. Beliau juga merupakan juara Hero Remaja bagi edisi 2001.

Bukan itu sahaja, pada 2016, beliau telah menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN). Pemberian itu bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sumber: Instagram Rozaidi Jamil

The post “Akhirnya Selesai,” Zed Zaidi Luah Rasa Syukur Dapat Genggam Ijazah Sarjana  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*