Akhirnya Terjawab, Macam Ini Rupanya Cara Masukkan Tali Seluar Yang Ramai Tertanya-tanya

masukkan tali dalam pakaian

Akhirnya Terjawab, Macam Ini Rupanya Cara Masukkan Tali Seluar Yang Ramai Tertanya-tanya

Terkadang tidak semua perkara di dalam dunia ini kita tahu dan pernah lihat berlaku di depan mata dengan sendiri. Misalnya, bagaimana proses pembuatan atau penghasilan sesuatu produk itu berjalan.

Bagi anda penggemar pakaian kasual atau sukan pasti pernah terlihat tali di bahagian getah pinggang seluar bukan?

Namun begitu, pernah terfikir tak macam mana tali tersebut dimasukkan ke dalam getang pinggang seluar tersebut. Ada teknik atau peralatan khas ke digunakan?

Cara masukkan tali seluar ramai tertanya-tanya

Jangan risau, menerusi perkongsian video TikTok @toplesaestieticid ini persoalan korang akan terjawab.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, tali yang dimasukkan ke dalam getah pinggang seluar mengguna peralatan khas.

Kredit TikTok

Seluar akan disarungkan ke dalam mesin sebuah mesin lalu dikembangkan bagi memudahkan peralatan khas tadi untuk memasukkan tali ke dalam pinggang seluar tersebut.

Kredit TikTok

Selain seluar, cara yang sama juga digunakan untuk memasukkan tali ke dalam hoodie atau jaket baju sejuk.

Kredit TikTok

Kaedahnya masih sama dengan teknik yang dilakukan kepada pinggang seluar tadi.

Kegunaan tali pada pinggang seluar biasannya untuk mengikat pinggang seluar atau memastikan pinggang tidak longgar dan terlondeh.

Kebiasaannya tali tadi boleh dijumpai berada di seluar jenis sukan yang bergetah di bahagian pinggang. Dengan wujudnya tali tadi, saiz pinggang seluar boleh dilaraskan mengikut keselesaan pinggang pengguna.

Perkongsian video menarik tersebut telah mengundang komen dan reaksi yang pelbagai daripada penonton video berkenaan.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Baru tahu ada alatnya. Susah betul kalau nak pasang sendiri. Pasangnya cukup susah, akhirnya guna jarum peniti ja,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui berkenaan kewujudan peralatan tersebut.

“Aku dulu kerja di kilang pakaian. Manual pakai tangan lepastu ikat dekat besi dan masukkan satu persatu. Lama sungguh,” tulis seorang lagi netizen yang mempunyai pengalaman memasukkan tali itu secara manual.

“Sudah tahu, kerana pernah kerja di kilang pakaian,” tulis seorang netizen yang sudah mengetahui tentang peralatan tersebut.

Macam tu rupanya cara nak masukkan tali tu. Min pun baru tahu ada peralatan khas untuk masukkan tali macam tu.

@toplesaesteticid

akhirnya bisa tidur nyenyak ternyata caranya kaya gini 😆 #toplesaesteticid

♬ Dj Pencuri Hati X Yo Ndak Mampu Aku (Remix) – Dhota Ap

Sumber: TikTok/@toplesaesteticid

The post Akhirnya Terjawab, Macam Ini Rupanya Cara Masukkan Tali Seluar Yang Ramai Tertanya-tanya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*