Atlas Vending Perkasakan Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Kempen RM1 Bersama Kementerian Ekonom i

Kerjasama ini selaras dengan usaha berterusan ATLAS Vending untuk menyokong kumpulan berpendapatan rendah dengan mengembangkan akses pasaran, menjangkau lebih ramai pelanggan dengan menawarkan cara pembelian produk yang mudah sepanjang masa dari mesin layan diri

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2023 – ATLAS Vending Sdn Bhd, pengendali mesin layan diri dari Etika Sdn Bhd, salah satu pengeluar minuman jenama terkenal kini mengumumkan pelancaran kerjasamanya dengan Kementerian Ekonomi, Kempen Penyegar Dahaga RM1 pada Rabu lalu.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Sebagai pengendali mesin layan diri makanan dan minuman (F&B) terbesar, ATLAS Vending menetapkan misi untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah melalui penggunaan mesin layan diri yang tersedia di seluruh negara.

Dengan melaraskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama dengan visi Kementerian untuk membantu lebih daripada 130,000 rakyat Malaysia miskin tegar, inisiatif antara kedua-dua pihak ini juga bertujuan untuk menangani inflasi dan pariti kuasa beli negara bagi menyokong ekonomi pekeliling.

ATLAS Vending merupakan pengendali mesin layan diri F&B terbesar di Malaysia & Singapura dengan mempunyai kehadiran di setiap negeri. Impak yang dibawanya dapat dibuktikan melalui 3,210 mesin yang berada di bawah inisiatif IPR RM1 di seluruh negara dan menunjukkan komitmen mereka ke arah meluaskan perkhidmatan kepada orang ramai di seluruh negara.

Pengumuman perkongsian ini dan pelancaran mesin layan diri telah diadakan di KL Sentral dengan kehadiran Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli. ATLAS Vending akan memperkenalkan mesin layan diri pertamanya di bawah inisiatif minuman IPR. Tersedia untuk pembelian pada harga RM1 ialah tiga minuman di bawah Etika Group; Pepsi Black, botol air mineral dan Revive Isotonic.

Kesemuanya merupakan minuman sihat yang memenuhi garis panduan kerajaan dan membawa logo Healthier Choice.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban Thurai Sundaram berkata “Kami percaya setiap langkah kecil boleh membawa perubahan yang besar. Dengan kerjasama ini, kami mengorak langkah untuk memperkasakan masyarakat kita dengan setiap teguk minuman.

“Hari ini (15 November) menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan kami ke arah memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia.”

Beliau juga berkata “ATLAS Vending berbangga untuk memperkenalkan mesin jualan minuman RM1, dengan kerjasama bersama Kementerian Ekonomi Malaysia sebagai bukti komitmen kami terhadap Inisiatif Pendapatan Rakyat. Kami amat berharap untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara Malaysia.

“Kini, ia boleh dicapai melalui usaha kami menyediakan minuman dengan harga mampu milik kepada semua rakyat Malaysia.”

Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli berkata, “Matlamat kami adalah untuk menyediakan pilihan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia dan memastikan semua orang dapat menikmati rehat seketika tanpa membebankan dompet mereka.

Inisiatif ini bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga; ia menyemai semangat perpaduan dan kemakmuran bersama. Sejak pelancaran inisiatif mesin layan diri di bawah IPR, ramai rakyat Malaysia daripada kumpulan berpendapatan rendah telah mendapat manfaat daripada pilihan makanan mampu milik yang disediakan oleh vendor yang mengendalikan mesin layan diri ini.

Beliau juga berkata “Kami percaya bahawa inisiatif ini bukan hanya mengenai minuman RM1 sahaja; ia juga meliputi kerjasama bersama dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan untuk memberi fokus terhadap keterangkuman sosial dan kebajikan rakyat Malaysia, salah satu aspek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Kami berbesar hati kerana mempunyai rakan kongsi seperti ATLAS Vending untuk menerajui inisiatif ini dan membolehkan pihak kementerian merealisasikan visi pengagihan manfaat yang saksama. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah ke arah mencapainya.”

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah dilancarkan pada Februari 2023 dan memberi tumpuan kepada strategi serampang dua mata untuk meningkatkan pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 sambil menangani isu ekonomi harian secara serentak melalui inisiatifnya.

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui inisiatif dalam bidang pertanian, perniagaan makanan dan penyedia perkhidmatan. Di bawah IPR, pihak Kementerian memberi tumpuan kepada tiga modul utama untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Ini terdiri daripada Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). Dengan pengumuman perkongsian antara ATLAS dan Kementerian Ekonomi, minuman RM1 ini akan disediakan di seluruh negara di 3,210 mesin layan diri.

Kepakaran ATLAS Vending melangkaui penyelesaian penjualan makanan dan minuman. Mereka juga memperkasakan jenama jenama runcit melalui automasi mesin layan diri mereka seperti perkongsian mereka bersama Siti Khadijah yang menyenangkan pemerolehan keperluan ibadah bagi rakyat Malaysia. Jenama yang berminat untuk meneroka perkongsian bersama dengan ATLAS Vending boleh menghubungi mereka di customercarelineMY@atlasasia.co

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, sila layari halaman Facebook ATLAS Vending di https://www.facebook.com/atlasasia.co/. Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat, sila layari https://ipr.epu.gov.my/about

The post Atlas Vending Perkasakan Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Kempen RM1 Bersama Kementerian Ekonom i appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*