KL & Melaka Antara Destinasi ‘Syurga Makanan’ Terbaik Di Asia Tenggara

kl melaka 'syurga makanan'

KL & Melaka Antara Destinasi ‘Syurga Makanan’ Terbaik Di Asia Tenggara

Dua bandar terkenal di Malaysia telah tersenarai dalam 10 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Terbaik Di Asia Tenggara dalam senarai yang dikeluarkan baru-baru ini.

Senarai berkenaan telah dikeluarkan oleh Statista, sebuah platform statistik dalam talian bersama Booking.com pada 5 Februari lepas.

“Dengan pelbagai jenis makanan jalanan yang menarik, kari pedas, sup lebih manis dan hidangan makanan laut yang lazat, sesiapa sahaja akan berasa sukar untuk mencalonkan destinasi makanan terbaik di Asia Tenggara,”  kata Statista.

Ekoran itu, Booking.com telah menyusun senarai destinasi terbaik di Asia Tenggara untuk makanan dan restoran. Senarai dibuat berdasarkan maklum balas daripada pengguna platform tersebut dari seluruh dunia.

Menerusi senarai tersebut, ibu negara Thailand, Bangkok telah dinobatkan sebagai syurga makanan dalam kalangan pelancong global.

Senarai ini dikuti dengan Singapura dan Kuala Lumpur, iaitu ibu negara Malaysia yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Dari tangga pertama sehingga kelima, kebanyakan destinasi syurga makanan di Asia Tenggara didominasi bandar yang menjadi ibu negara sesebuah negara.

Thailand ‘sapu’ tiga tempat dalam senarai destinasi terbaik buat kalangan pencinta makanan

kl melaka 'syurga makanan'
Gambar: Statista

Manakala, Thailand telah mendominasi senarai ini dengan memperlihatkan tiga lokasi yang tersenarai sebagai destinasi syurga makanan.

Tiga lokasi tersebut adalah ibu negara Thailand itu sendiri, Bangkok, Chiang Mai dan Patong Beach, lapor Statista. Chiang Mai dan Patong, Beach masing-masing menduduki tempat keempat dan ke-10 dalam senarai tersebut.

Malaysia juga tidak ketinggalan dan turut menyenaraikan lagi satu destinasi syurga makanan selain KL iaitu, Melaka Bandaraya Bersejarah di tangga ketujuh.

Menurut hantaran tersebut, tiga lokasi teratas iaitu Bangkok, Singapura dan Kuala Lumpur merupakan bandar yang paling kerap dilawati pelancong.

Ketiga-tiga lokasi tersebut telah meraih populariti dari dunia kulinari kerana tempat ini merupakan kawasan pertembungan pelbagai budaya dan juadah.

“Negara ini juga memiliki pelbagai restoran antarabangsa,” tulis Statista.

Perkara ini sekali gus memberikan peluang kepada para pelancong untuk menikmati pelbagai jenis juadah unik daripada budaya yang berbeza.

BACA: Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Sumber: Statista

The post KL & Melaka Antara Destinasi ‘Syurga Makanan’ Terbaik Di Asia Tenggara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*