Mandi Air Panas Atau Sejuk, Mana Satu Lebih Baik? Ikuti Perkongsian Ini

Mandi Air panas atau sejuk

Mandi Air Panas Atau Sejuk, Mana Satu Lebih Baik? Ikuti Perkongsian Ini

Memang setiap orang mempunyai keinginan dan kehendaknya yang tersendiri, misalnya daripada aspek barangan, makanan, kebersihan diri dan sebagainya.

Semuanya perlu mematuhi prinsip setiap individu itu sendiri, itu kehidupannya jadi biarlah dia yang menentukan bagaimana perjalanan hidup yang dia ingini.

Jadi, melihat kepada aspek kebersihan diri, tidak dinafikan ada segelintir orang yang cenderung untuk mandi menggunakan air sejuk malah ada yang suka mandi dengan air panas.

Apa perbezaan penggunaan air panas atau sejuk semasa mandi? Tidakkah anda terfikir bahawa dua-duanya memberi kebaikan atau keburukannya yang tersendiri?

Ingin mengulas lebih lanjut tentang penggunaan air semasa mandi, ikuti perkongsian daripada Dr Samhan untuk rujukan anda semua. Semoga bermanfaat.

Apa kebaikan mandi air sejuk?

Menurut perkongsian daripada Dr Samhan, beliau mengatakan bahawa penggunaan air sejuk ketika mandi mampu memperbaiki aliran darah seseorang individu.

Selain itu, air sejuk juga mampu merendahkan tahap kortisol iaitu merujuk kepada sejenis hormon yang dilepaskan oleh tubuh sebagai respons kepada keadaan stress.

Bukan itu sahaja, kebaikan mandi dengan menggunakan air sejuk juga dapat mengurangkan rasa sakit. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada tahun 2014, pendedahan kepada air sejuk boleh memicu respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).

Mandi Air Panas Atau Sejuk Lebih Baik
Gambar Hiasan | Kredit: Hello Doktor

Keburukan mandi air sejuk

Jika ada kebaikan, pasti juga ada keburukkannya. Misalnya, disebabkan mandi dengan air sejuk maka seseorang individu akan mengambil masa yang lama untuk menghangatkan tubuhnya.

Hal ini hanya akan terjadi sekiranya persekitaran yang dialami juga dalam keadaan sejuk.

Perlu diingatkan kepada orang yang sakit, anda tidak digalakkan untuk mandi air sejuk ekoran daripada sistem imum tubuh individu ketika sakit tidak sesuai ketika berada dalam keadaan sejuk.

Jadi, elakkan daripada mandi sejuk ketika sakit ya!

Manfaat mandi air panas

Seterusnya, anda akan didedahkan dengan manfaat mandi air panas. Sebagai permulaan, Dr Samhan menyatakan bahawa air panas mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Dalam erti kata lain, ia membantu memperbaiki aliran darah bagi individu yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik.

Seterusnya, air panas juga mampu memperbaiki kesihatan otot dan sendi selain memjamin kualiti tidur seseorang.

Bagaimana kualiti tidur anda terjamin? Ia terjadi hasil daripada gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi relaks semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.

Maka, terhasillah tubuh badan yang berada dalam keadaan terkawal seterusnya memudahkan anda menikmati tidur yang panjang lagi-lagi mandi sebelum tidur malam.

Mandi Air panas atau sejuk
Gambar Hiasan | Kredit: Hello Doktor

Tidak hanya itu, penggunaan air panas semasa mandi juga memberikan kelegaan daripada simptom pernafasan dan selesema.

Hal ini kerana suhu panas daripada air mandian dan juga stim boleh membantu perkara-perkara seperti membuka laluan pernafasan, memudahkan kahak untuk keluar dam membersihkan saluran hidung anda.

Terakhir, ia mampu memperbaiki kesihatan otak. Melihat kepada hasil kajian, individu yang mandi dalam air panas mempunyai tahap BDNF yang lebih tinggi berbanding individu yang mandi menggunakan air sejuk.

Brain-derived neurotrophic factor atau BDNF adalah sejenis protein yang mempunyai banyak fungsi yang penting di dalam otak dan juga saraf tunjang.

Keburukan mandi air panas

Menurut Dr Samhan, air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Hal ini kerana suhu yang lebih tinggi menjadikan kulit mudah kering.

Malah, ia akan lebih membahayakan bagi golongan yang menghidapi penyakit ekzema. Jadi, sila elakkan ya, untuk menjamin kesihatan kulit anda.

Seterusnya, ia juga mampu menyebabkan kegatalan. Suhu yang panas boleh menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungannya pada kulit lalu menyebabkan gatal-gatal.

Tidak hanya itu, penggunaan air panas turut menyumbang kepada peningkatan tekanan darah tinggi.

Jika mahu mandi air panas, pastikan anda bebas daripada beberapa senarai yang telah digariskan di atas. Utamakan kesihatan daripada kemahuan anda.

The post Mandi Air Panas Atau Sejuk, Mana Satu Lebih Baik? Ikuti Perkongsian Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*