Alif Satar Kongsi Rutin Harian Sihat 30 Minit Sebelum Subuh

Alif Satar Kongsi Rutin Harian Sihat 30 Minit Sebelum Subuh

Semua orang ada rutin harian masing-masing. Ada yang bangun lambat, ada yang bangun awal. Ada yang pergi jogging selepas solat subuh, ada yang terus sediakan sarapan pagi untuk keluarga, dan ada juga yang terus tidur balik selepas subuh.

Tapi, apa rutin harian yang kita boleh cuba untuk kekalkan kesihatan badan? Yang boleh menyihatkan kedua-dua fizikal dan mental kita?

Mari kita ikuti perkongsian rutin harian sihat dari penyanyi terkenal Alif Satar. Mana tahu, kita boleh cuba rutin hariannya, dan lakukan setiap hari.

Dalam Reels yang di post oleh Alif Satar di akaun Instagram miliknya baru-baru ini, Alif telah berkongsi rutin harian yang sihat kepada peminatnya.

Antara rutin yang disebut olehnya adalah bangun awal seawal jam 5:30 pagi untuk menunaikan solat sunat Tahajjud dan berdoa kepada Allah ketika itu.

“Doalah Allah turun waktu tu ke langit bumi tanya, ada ke hamba DIA yang nak minta apa-apa daripada DIA? DIA nak makbulkan. Korang doalah apa yang korang nak, for our brothers and sisters. 

“Lepas tu masuk Subuh 5:49, korang pon buat korang punya solat sunat Fajar dua rakaat. Segala isi bumi dan apa yang ada dekat dalam ni, dua rakaat tu lebih baik,” kata Alif Satar.

Selesai solat sunat Fajar, terus lakukan solat Subuh pula. Selesai solat Subuh, mungkin waktu itu sudah jam enam pagi. Kita ada banyak lagi masa, kan?

Jadi, Alif mengajak peminat-peminatnya untuk menyarung kasut sukan dan pergi berjogging selama setengah jam.

“Gedebuk gedebak, baru pukul 6. Korang bangun, pakai kasut lari. Korang lari setengah jam. Habis setengah jam, baru 6:30 bro,” tambahnya.

Kata Alif, kita dah jadi lebih hadapan daripada orang lain.

Come on lets do it. Barulah otak kita power, badan kita pon power nak tolong orang lain. Macam mana nak tolong orang, kalau badan kita sendiri tak sihat?” katanya.

Rutin hariannya amat mudah dan boleh dilakukan. Yang menjadi halangan hanyalah diri kita yang mungkin mahu tidur dengan lebih lama.

Namun, banyak manfaat daripada rutin harian yang telah dikongsikan itu. Bukan sahaja kita dapat menguatkan mental kita, kita juga dapat meningkatkan lagi kekuatan fizikal kita.

Kita semua boleh mencuba rutin itu perlahan-lahan. Bukan senang nak cuba sesuatu yang baru dan jadikannya sebagai rutin harian kita. Jadi, perlahan-lahan kita cuba ikuti rutin itu.

Lambat laun, kita akan mula selesa dan mula terbiasa melakukannya. Ia mungkin susah, tetapi ia tidak mustahil.

Sumber: Alif Satar

BACA JUGA: ‘Buang Akar Dulu’, Abang Salai Kongsi Cara Tanam Pokok Pisang

The post Alif Satar Kongsi Rutin Harian Sihat 30 Minit Sebelum Subuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*