Aliran Trafik Di Laluan Masuk Lebuh Raya Utama Mulai Sesak

Trafik lebuh raya utama sesak

Aliran Trafik Di Laluan Masuk Lebuh Raya Utama Mulai Sesak

Beberapa laluan dilaporkan mulai sesak sejak petang tadi terutamanya di laluan utama pusat bandar dan laluan masuk lebuh raya keluar Lembah Klang, lapor Sinar Harian.

Kesesakan itu dipercayai disebabkan oleh kesibukan warga kota yang mula pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha pada Khamis nanti.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan Twitter pada jam 8 malam tadi melaporkan bahawa trafik perlahan di beberapa laluan. Ia termasuk laluan dari arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebelum masuk Plaza Tol Karak.

Selain itu, trafik juga dilaporkan bergerak perlahan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 di Kilometer 25.7 ke Genting Sempah.

Sementara itu, Lebuhraya SPRINT, trafik dikatakan bergerak perlahan dari Seksyen 16 ke Kayu Ara, Persimpangan Bukit Kiara ke Semantan, Plaza Tol Pantai ke Lebuhraya Persekutuan, dan Bukit Kiara ke Duta.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @amalinakaman sempat berkongsikan maklumat berkenaan kesesakan yang berlaku. Menurutnya, kesesakan trafik itu seperti kelaziman yang berlaku pada waktu petang setiap hari Jumaat.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian dari seorang lagi pengguna Twitter @AliffJazli memaklumkan bahawa kesesakan berlaku hanya di sekitar pusat bandar. Trafik mulai lancar apabila masuk ke lebuh raya utama.

Manakala ciapan dari seorang lagi pengguna @vsxkkk pula memaklumkan bahawa semua laluan masuk ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) juga sedang mengalami kesesakan.

Aliran trafik dijangka akan bertambah dari masa ke semasa.

Sumber: Sinar Harian

The post Aliran Trafik Di Laluan Masuk Lebuh Raya Utama Mulai Sesak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*