Altimet Menang Di Lembah Jaya

Altimet menang di Lembah Jaya

Altimet Menang Di Lembah Jaya

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali dengan nama Altimet, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dengan majoriti 6,678 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, hari ini.

Altimet yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 26,298 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang mendapat 19,620 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Zafrul Fazry Mohd Fauzi di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Ampang Indah di sini malam ini.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Kemenangan Altimet yang juga Ketua Cabang PKR Ampang itu menyaksikan beliau berjaya mempertahan kerusi dimenangi PH menerusi Haniza Talha dengan majoriti 14,790 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan syor Lembaga Disiplin bagaimanapun melucutkan keanggotaan  lima ahlinya termasuk Haniza pada Jun 2020.

Altimet ketika ditemui media malam ini mengakui teruja untuk memulakan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau  juga mahukan penduduk di Lembah Jaya memanggilnya dengan nama Ahmad, berbanding nama pentasnya.

Kemenangan Altimet menyaksikan beliau menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon  Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar yang memenangi DUN Rim pada PRN Melaka, Nov 2021.

Sumber: BERNAMA

The post Altimet Menang Di Lembah Jaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*