Tak Ada Mood Nak Masuk Kerja, Wanita Dapat Cuti Dari Syarikat

wanita cuti tak ada mood

Tak Ada Mood Nak Masuk Kerja, Wanita Dapat Cuti Dari Syarikat

Seorang wanita mendapat cuti daripada syarikatnya selepas tiada motivasi atau mood untuk masuk bertugas, lapor SCMP.

Wanita itu merasa demikian kerana tidak berpuas hati kawasan tempat tinggalnya tidak mempunyai salji.

Kisah itu pantas menjadi tular dan meraih pelbagai reaksi dari orang ramai, khususnya dalam kalangan warga maya.

Menurut SCMP, wanita berkenaan memuat naik satu video yang menerangkan proses dia memohon cuti tersebut.

Kata wanita itu, dia nekad memohon cuti tersebut kerana berasa ‘beremosi’ selepas tempat tinggalnya di Hangzhau tidak menerima salji seperti di kawasan-kawasan lain.

“Syarikat saya bekerja ada menawarkan cuti mood. Bos saya selalu menegaskan jika pekerja tidak gembira, mereka boleh mohon cuti ini pada bila-bila masa.

“Cuti ini pula tidak akan menjejaskan gaji dan bonus yang bakal diterima,” katanya

Selain itu, syarikat berkenaan turut menawarkan pelbagai jenis cuti seperti cuti Hari Wanita dan Hari Kanak-kanak.

Syarikat tempat wanita bekerja itu juga menyediakan cuti khas perkahwinan dan kematian.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut pernah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan polisi diamalkan syarikatnya.

“Para pekerja mempunyai hak untuk berkata tidak terhadap majikannya. Di sini, jika pekerja merasa tidak gembira, mereka boleh mengambil ‘mood leave’ secara langsung,” katanya.

Sejak kisah berkenaan menjadi tular dan polisi berkenaan didedahkan, ia menimbulkan perdebatan dalam kalangan warga maya.

Rata-rata mencemburui polis yang diamalkan syarikat tersebut dan berharap ia bakal menjadi ikutan semua majikan.

“Majikan ini sangat bijak. Jika beliau membenarkan pekerja yang sedang ‘bad mood‘ berkerja, ini akan membawa lebih banyak kesilapan dan kerugian kepada syarikat,” kata seorang pengguna.

“Hargai jika anda berkeja di syarikat dan ada majikan yang memahami seperti ini. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa seseorang itu memerlukan cuti, cumanya tidak semua syarikat serta majikan memahami perkara itu,” kata seorang lagi.

BACA: Pelajar Malaysia Di Jordan Kena Sakat, “Salam 4-0 Bang”

Sumber: South China Morning Post

The post Tak Ada Mood Nak Masuk Kerja, Wanita Dapat Cuti Dari Syarikat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*