Amerika & UK Lancar Serangan Ke Atas Houthi Di Yemen

Amerika serangan udara

Amerika & UK Lancar Serangan Ke Atas Houthi Di Yemen

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dilapor melancarkan serangan udara terhadap kedudukan Houthi, di bandar-bandar Yaman.

Memetik AFP, serangan melibatkan penggunaan pesawat pejuang dan peluru berpandu Tomahawk.

Pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan AS dilapor tidak memberi respon segera berhubung kejadian itu apabila dihubungi oleh agensi berita berkenaan.

Menurut sumber Houthi dan saksi pula, serangan itu menyasarkan beberapa bandar di Yemen yang dikawal kumpulan itu.

Houthi dilapor mengawal sebahagian besar Yemen sejak perang saudara meletus pada tahun 2014.

Kumpulan itu sebelum ini dilapor telah melancar dan meningkatkan serangan ke atas laluan perkapalan utama di rantau itu.

Serangan yang dibuat bermula sejak konflik Israel-Gaza meletus pada Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun menurut AFP, campur tangan Barat dalam ketegangan itu mungkin akan meningkatkan lagi konflik di Timur Tengah.

Sebelum ini, AS dan sekutunya memberi amaran kepada Huthi agar menghentikan serangan ke atas kapal-kapal yang melalui laluan Laut Merah tersebut.

AS dilapor menubuhkan sebuah pakatan antarabangsa yang dinamakan Operasi Kesejahteraan pada Disember lalu.

Operasi itu bertujuan untuk melindungi trafik maritim di kawasan itu yang merupakan laluan perdagangan terpenting di dunia.

Bagaimanapun, serangan Houthi pada Selasa lepas didakwa menyebabkan AS dan negara sekutunya tidak dapat berdiam diri lagi.

Dalam serangan pada Selasa itu, AS dan UK menembak jatuh sebanyak 18 drone dan tiga peluru berpandu.

AS dan UK kemudian bertindak melancarkan serangan susulan sebuah kapal dagang di laluan tersebut didakwa diserang menggunakan peluru berpandu balistik anti-kapal oleh Houthi.

Negara kuasa dunia itu mendakwa, serangan pada Khamis itu merupakan serangan ke-27 yang dilancarkan ke atas laluan perdagangan antarabangsa berkenaan sejak 19 November 2023.

Peningkatan serangan itu memaksa banyak syarikat perkapalan mengelak daripada melalui laluan tersebut.

Kapal-kapal sebaliknya terpaksa melalui laluan lebih jauh di sebelah Afrika Selatan, sekaligus menimbulkan kebimbangan berkenaan kesan kepada ekonomi global.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu turut mendesak agar serangan di Laut Merah dihentikan segera.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: AFP

The post Amerika & UK Lancar Serangan Ke Atas Houthi Di Yemen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*