Anak buaya mati tersangkut jaring

SABAK BERNAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan penemuan seekor anak buaya yang ditemui mati di Kolam Takungan Parit 4 Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, reptilia berukuran 0.91 meter itu dipercayai mati akibat tersangkut pada jaring.

“Anggota kita menjalankan pemantauan dan mengesan anak buaya tersebut kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Tindakan itu dilakukan selepas menerima maklumat mengenainya menerusi satu hantaran di media sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan pemantauan lanjut di lokasi tersebut.

Justeru, Choon Yung meminta orang ramai supaya terus menghubungi Perhilitan sekiranya terdapat penemuan dan kehadiran buaya tersebut.

Semalam, penemuan anak buaya oleh orang awam itu tular di sebuah laman Facebook dan dipercayai sudah mati. -KOSMO!ONLINE

The post Anak buaya mati tersangkut jaring appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*