Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum Sejak Jumaat Lalu – Polis Perak

Tentera Hilang Hutan Simpan Belum

Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum Sejak Jumaat Lalu – Polis Perak

IPOH, 10 April (Bernama) — Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dalam satu kenyataan hari ini,  berkata anggota tentera berusia 33 tahun adalah dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kehilangan anggota berpangkat Koperal itu pada jam 12.50 tengah malam, semalam.

BACA JUGA: Mayat Dipercayai Komando Lemas Ditemui Di Tanjung Sepat

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah telah dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  sejak hari pertama kehilangan dan sehingga kini anggota tersebut belum ditemui.

“Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum Sejak Jumaat Lalu – Polis Perak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*