Anak Buaya Tembaga Seberat 800 Gram Ditemui Terdampar Di Pantai Port Dickson

anak buaya tembaga port dickson

Anak Buaya Tembaga Seberat 800 Gram Ditemui Terdampar Di Pantai Port Dickson

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor anak buaya tembaga yang ditemui terdampar di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata bahawa maklumat berkenaan penemuan anak buaya tersebut diterima pada jam 1.29 pagi oleh pengunjung pantai itu.

“Anggota telah ke lokasi dan berjaya menangkap anak buaya jenis tembaga berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

“Pemeriksaan mendapati anak buaya itu dianggarkan seberat 800 gram dan ia kemudian dibawa ke pejabat APM untuk disimpan sementara waktu. Sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Tambah Mohamad Azri, penemuan buaya di pantai Port Dickson bukanlah suatu perkara yang baharu atau asing.

Namun aduan yang diterima awal pagi tadi merupakan tangkapan pertama yang berjaya dilakukan oleh APM.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada

Ekoran daripada penemuan berkenaan, beliau sempat menasihatkan agar orang ramai sentiasa berhati-hati dan waspada dengan keadaan sekeliling.

Sekiranya terjumpa haiwan tersebut, orang ramai diminta memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan segera.

“Kita biasa terima aduan orang awam nampak kelibat buaya di pantai Port Dickson tetapi apabila pemantauan di lokasi dilakukan ia tidak dijumpai,” katanya.

BACA: Seram, Ini Rupanya Bunyi Buaya Jantan Cuba ‘Ayat’ Buaya Betina Untuk Mengawan

Terdahulu, seorang lelaki dan pengguna TikTok telah berkongsikan sebuah video berkenaan pekerjaan isterinya yang bertanggungjawab terhadap buaya yang berada di dalam sangkar.

Bekerja sebagai penjinak buaya di Zoo Negara, wanita itu kelihatan tidak gentar apabila berhadapan dengan haiwan pemangsa yang ganas itu.

Video yang dikongsi oleh seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita itu memperlihatkan wanita tersebut dengan tenang cuba menjinakkan haiwan berkenaan.

Berdasarkan perkongsian video itu, dapat dilihat wanita itu dengan tenang mengawal buaya besar yang berada di dalam kolam haiwan tersebut.

Buaya itu juga dapat dilihat seperti memahami dengan segala arahan yang diberikan wanita itu kepadanya yang berada di dalam kolam.

Sumber: Sinar Harian

The post Anak Buaya Tembaga Seberat 800 Gram Ditemui Terdampar Di Pantai Port Dickson appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*