Anak Dituduh Pecahkan Iron Man, Ayah Nafi & Buka Cerita Sebenar

Anak Dituduh Pecahkan Iron Man, Ayah Nafi & Buka Cerita Sebenar

Baru-baru ini, tular kejadian yang menimpa seorang bapa apabila anaknya dikatakan telah terlanggar sebuah figurine Iron Man dan memecahkannya.

Harga figurine Iron Man yang diletakkan di sebuah kedai di Jogja, Indonesia itu dikatakan mencecah puluhan ribu. Kejadian yang dirakamkan itu telah mengundang komen-komen daripada warga maya.

Ada yang menyalahkan si bapa kerana tidak menjaga anaknya dengan baik. Ada juga yang memberi kritikan kepada pihak kedai kerana figurine itu diletak di tempat yang terbuka.

Tetapi, bukan itu saja yang berlaku. Terdapat seorang bapa bersama anaknya dituduh sebagai pelaku kejadian itu kerana tular screenshot yang diambil daripada video miliknya di TikTok ketika dia sedang berada di situ.

Akibat daripada itu, dia bersama anaknya dikritik dengan teruk oleh warga maya. Jadi, si bapa telah mengeluarkan sebuah video untuk memberikan penjelasan.

Penjelasan Si Bapa

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Rendy telah memberikan penjelasan mengenai tuduhan yang dikenakan kepada anaknya dan juga dirinya.

Menerusi video itu, Rendy memberitahu bahawa gambar screenshot yang memperlihatkan dirinya dan anaknya yang digendong, berada di hadapan figurine Iron Man itu, telah diambil daripada video lama TikTok miliknya yang bertarikh 14 November 2023 dahulu.

“Gambar itu diambil dari screenshot content kami pada bulan November 2023 dan itu adalah kali terakhir kami ke kedai Iconic itu,” jelasnya.

Dari situ, dia dengan mudah menjelaskan bahawa kejadian yang berlaku itu sebaliknya berlaku pada 30 Disember 2023. Maknanya, dia dan anaknya bukan pelaku kejadian itu kerana tarikh mereka berada di sana adalah berbeza.

Dia turut menyatakan bahawa sekiranya anaknya itu benar-benar telah melakukan kesalahan, dia akan bertanggungjawab.

“Jika memang benar anak saya melakukan kesalahan, saya sebagai ayah dan orang tua bersedia untuk bertanggungjawab,” katanya dalam video itu.

Berdasarkan penjelasannya, jelas bahawa dirinya dan anaknya itu telah dituduh hanya kerana mereka telah pergi ke kedai yang sama pada waktu yang berbeza.

Di pengakhiran videonya, Rendy berkata, “Orang ramai boleh bertanyakan kebenaran kejadian ini kepada pihak yang terbabit iaitu kedai Iconic dan hentikan penyebaran berita yang tidak benar,”

@rendytoys

Membalas @rendytoys karena sebelumnya di hapus, saya coba take ulang dgn kata lebih halus #iconic #iconicjogja #jogja #yogyakarta #beritajogja #mainanviral #ironman #patungironman #fyp #fypシ #foryou #klarifikasi #statue #review

♬ suara asli – rendytoys – rendytoys

Sumber: rendytoys via TikTok

BACA JUGA: Seramai 3,000 Geng Subuh Macam Jumaat ‘Join’ Alif Satar Berlari

The post Anak Dituduh Pecahkan Iron Man, Ayah Nafi & Buka Cerita Sebenar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*