Lelaki Tampal Sendiri Jalan Berlubang, Bimbang Anak Kemalangan

lelaki tampal sendiri jalan berlubang

Lelaki tampal sendiri jalan berlubang kerana risau terhadap risiko yang  mungkin akan menimpa anak perempuannya yang melalui jalan itu setiap hari untuk ke tempat kerja.

JAWA TIMUR — Aksi seorang lelaki yang tampal sendiri jalan berlubang di Jalan Raya, Daerah Deket-Karangbinangun, Lamongan telah meraih perhatian ramai, lapor Kompas.

Difahamkan, lelaki berusia 62 tahun dan juga merupakan seorang pembawa beca itu telah berbuat demikian sejak dua hari berturut-turut berikutan kerisauan terhadap anak perempuannya yang berisiko tercedera ketika melalui jalan itu.

Dia melakukan perkara itu dengan menggunakan bahan sementara yang dimiliki sebagai alternatif untuk menutup lubang-lubang di jalan berkenaan.

“Saya gunakan apa sahaja alat dan bahan sementara yang boleh digunakan untuk menampal lubang jalan.

“Saya cuma risau anak saya yang ulang-alik bekerja di bandar disebabkan menggunakan jalan ini setiap hari.

“Saya lihat keadaan jalan terdedah kepada risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya. Tambahan lagi, faktor jalan itu yang rosak dan berlubang,” katanya pada Khamis lalu.

Pembawa Beca Tampal Jalan
Gambar: Jawa pos Radar Kudus

Sementara itu, tindakan lelaki terbabit telah mendapat respon daripada Kerajaan Daerah Lamongan (Pemkab).

Ketua Perkhidmatan Kerja Raya Bina Marga Lamongan, Sujarwo berkata pihaknya akan segera membaik pulih jalan tersebut terutamanya di sekitar Desa Deket Kulon.

“Sejak semalam, kerja membaik pulih jalan telah dilaksanakan. Semua jalan yang rosak di bahagian Deket-Karangbinangun akan ditangani dengan segera,” kata Suwarjo sewaktu dihubungi.

BACA JUGA: 10 Tahun Tunggu Tak Dibaiki, Lelaki Nekad ‘Mancing’ Di Jalan Berlubang Macam Kolam

Tambahnya, kerja pembaikan di jalan utama tersebut sebenarnya menjadi perhatian pemerintah, bagaimanapun ia tidak dilakukan serentak dalam satu-satu masa.

“Di beberapa bahagian jalan, kami telah laksanakan kerja baik pulih jalan secara berkala. Ia bertujuan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di kawasan itu,” jelasnya lagi.

Sehingga kini, kerja penyelenggaraan berkenaan masih dijalankan dan telah meliputi sehingga 1 kilometer, maklum Suwarjo.

Terdahulu, tular sekumpulan penduduk kampung di Jakarta nekad menanam pokok pisang di tengah jalan raya yang rosak, lapor laman Suara.com.

Kejadian itu tercetus ekoran penduduk kampung yang sudah muak dengan sikap pemerintah yang tidak ambil peduli dengan keadaan jalan berkenaan.

Tambahan lagi, air yang bertakung di dalam jalan berlubang berpotensi membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Selain daripada itu, sebahagian penduduk turut dilaporkan membuang ikan keli di dalam lopak yang dipenuhi air dan lumpur.

Sumber: Kompas.com

The post Lelaki Tampal Sendiri Jalan Berlubang, Bimbang Anak Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*