Kemalangan Langgar Haiwan Ternakan, Siapa Yang Salah?

Langgar Haiwan Ternakan Siapa Salah

Kemalangan Langgar Haiwan Ternakan, Siapa Yang Salah?

Ketika memandu kenderaan di atas jalan raya, kadang-kala anda sudah tentu pernah terserempak dengan haiwan ternakan yang menjadi pengguna jalan tak diundang kan?

Kehadiran haiwan-haiwan ini sudah tentu boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan yang sah. Bayangkan, ketika anda tengah memandu pada jalan yang luruh, tiba-tiba ada haiwan ternakan seperti kerbau atau kambing melintas, sudah tentu suasana menjadi panik kan?

Jika anda menekan brek dengan mengejut, ada peluang untuk dihentam sekiranya ada kenderaan lain berada di belakang. Situasi bahaya yang sama juga boleh berlaku di kawasan selekoh, apabila anda terserempak dengan haiwan ternakan yang ‘berehat’ di tepi jalan dan sebagainya.

Namun pernah tak anda terfikir, jika anda terlibat dalam kemalangan melibatkan haiwan ternakan, siapakah pihak yang patut dipersalahkan?

Adakah salah pengguna jalan raya yang tidak dapat mengawal kenderaan secara berhemah? Ataupun salah tuan kepada haiwan ternakan tersebut?

Seorang peguam, Hasif Hasan telah berkongsi jawapan bagi soalan yang menghantui pengguna jalan raya menerusi Facebooknya.

Berikut merupakan jawapannya:

Langgar haiwan ternakan, siapa yang salah?

Saban hari kita membaca kes kes kemalangan jalan raya membabitkan haiwan ternakan yang lepas bebas berkeliaran di jalan raya.

Pada pandangan saya sudah tiba masanya tuan binatang ternakan ditangkap dan dihukum atas kecuaian mereka menyebabkan kecederaan dan kematian pengguna jalan raya.

Apabila berlaku kemalangan, netizen mula berdebat dan menyalahkan tuan binatang ternakan. Kemudian senyap. Tidak ada solusi. Kemudian berlaku kemalangan lagi, netizen berdebat. Tiada solusi. Sampai bila? Tidak diketahui.

Bak kata netizen ‘sampai abang jamil mampus’ masih belum selesai. Pihak berwajib perlu proaktif untuk menyelesaikan masalah ini.

Isu yang lazim kita dengar, tidak tahu atau tiada siapa yang mengaku tuan punya binatang jika berlaku kemalangan.

Yang pasti, jika binatang mereka dicuri, cepat sekali mereka mengambil tindakan, mengaku sebagai pemilik binatang dan membuat laporan polis terhadap pencuri.

Sudah tiba masanya pihak berwajib melaksanakan undang undang untuk mengenal pasti binatang ternakan, seperti meletakkan tag kepada telinga binatang berkenaan.

Jika berlaku sebarang kejadian, mudah dikenal pasti siapa tuan punya untuk diambil tindakan.

Bunyi agak sukar bukan untuk dilaksanakan dan diwajibkan pendaftaran? Menang sukar. Jika tiada usaha dibuat oleh pihak berkuasa, maka kisah ‘abang jamil’ akan berulang. Jika tidak dibuat hari ini, bila lagi?

Tepuk dada tanya selera. Better late than never.

Jika ditanya kepada saya, seksyen mana dan akta mana yang bersesuaian kepada tuan ternakan jika berlaku kemalangan dan kematian, saya berpandangan Seksyen 304A, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua dua sekali.

Kecuaian tuan punya binatang ternakan wajar dihukum dengan undang undang yang ada.

Causing death by negligence
Whoever causes the death of any person, by doing any rash or negligence act not amounting to culpable homicide, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both.

Sama ada tindakan pemilik binatang ternakan adalah cuai atau sebaliknya, mahkamah akan menentukan.

Kes Adnan Khamis dirujuk:
The Federal Court in Adnan Khamis v. PP [1972] 1 LNS 2; [1972] 1 MLJ 274 at p. 274 has laid down the test to be applied for determining the guilt or innocence of an accused person charged with rash or negligence conduct under s. 304A of the Penal Code is to consider: Whether or not a reasonable man in the same circumstances would have been aware of the likelihood of damage or injury to others resulting from such conduct and taken adequate and proper precautions to avoid causing such damage or injury.

Sekian.

BACA: Cara Set “Keyless Entry” Proton Saga, Buka Pintu Pemandu Je

Sumber: Hasif Hasan via Facebook

The post Kemalangan Langgar Haiwan Ternakan, Siapa Yang Salah? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*