Anak Kecewa, Sangka Dapat Hadiah Istimewa Dari Ayah

anak dapat hadiah

Anak Kecewa, Sangka Dapat Hadiah Istimewa Dari Ayah

Dua kanak-kanak di China menangis apabila melihat bapanya di dalam but kereta keluarganya, bukannya hadiah yang diharapkan.

Kanak-kanak yang berasal dari wilayah Shandong di timur China merasa hampa apabila menyedari tiada hadiah daripada bapanya, melainkan ‘bapanya’ sendiri. Bapa mereka telah menyorok di dalam but kereta sebelum sesi kejutan berlangsung.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berharap untuk menerima hadiah daripada bapanya selepas kepulangannya dari urusan kerjanya selama lima hari, lapor Star Video.

Dalam video tersebut, dua kanak-kanak perempuan terbabit telah berdiri di belakang kereta bapanya dan mata mereka telah ditutup. Dalam keadaan kedua belah mata tertutup, mereka berdua menunggu ibunya untuk membuka but kereta tersebut.

anak kecewa lihat kejutan bapa
Kredit: Baidu

Anak dapat hadiah

“Semua bersedia ya,” ibu tersebut berkata dalam video itu.

Sejurus wanita itu membuka but kereta, kelihatan bapa kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut berada di dalam but kereta sambil melambaikan tangannya kepada anak-anaknya.

“Kejutan,” katanya.

Kejutan bapa itu membuatkan anak-anaknya kecewa

Kanak-kanak tersebut tidak mampu menyembunyikan kehampaan mereka apabila mengetahui kejutan tersebut bukanlah dalam bentuk hadiah seperti disangka.

“Apa yang ayah buat dekat sini?” kata salah seorang daripada mereka.

Tidak lama selepas itu, dia mula menangis manakala adiknya menundukkan kepala.

“Apa masalahnya?” bapa tersebut bertanya.

“Saya taknak ayah,” balas anak perempuannya dengan tangisan teresak-esak.

anak kecewa lihat kejutan bapa
Kredit: Baidu

“Ayahlah kejutan itu,” bapa berkata kepada anaknya.

“Tak mengejutkan langsung,” kata anak perempuannya selepas menyedari ‘bapanya’ adalah kejutan tersebut.

Ibu kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut berkata, suaminya memikirkan idea untuk menjadikan dirinya sebagai hadiah merupakan idea yang terbaik.

Ini memandangkan kedu-dua anaknya merindui kehadiran sosok tersebut ketika menjalani urusan kerja selama lima hari.

Kisah keluarga tersebut telah menghiburkan jutaan pengguna media sosial di tanah besar China.

Salah seorang pengguna media sosial memberikan komen: “Haha, bapa tersebut terlalu yakin mengenai kedudukannya dalam hati kedua-dua anak perempuannya,”

Komen lain: “Lelaki itu salah. Dia adalah hadiah buat isterinya, bukan anak-anaknya,”

BACA: Susu Badan Ibu Kering, Ayah Beri Bayi Makan Air Liur

Sumber: South China Morning Post 

The post Anak Kecewa, Sangka Dapat Hadiah Istimewa Dari Ayah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*