Lelaki Terpaksa Tanggung Derita Seumur Hidup, Doktor Cuai Potong Zakar Disangka Tumor

doktor potong zakar

Lelaki Terpaksa Tanggung Derita Seumur Hidup, Doktor Cuai Potong Zakar Disangka Tumor

Seorang pakar urologi yang didakwa cuai sedang disiasat selepas tersilap memotong zakar pesakit kerana menyangkakan pesakit menghidapi tumor.

Memetik Daily Mail, pakar bedah berusia 30 tahun itu dituduh menyebabkan kecederaan serius kepada pesakit dari perbandaran Arezzo, di wilayah Tuscany Itali.

Doktor itu melakukan pembedahan tersebut di Hospital San Donato di Arezzo pada 13 November 2018 lalu.

Doktor potong zakar

Kejadian itu berlaku disebabkan doktor tersebut tersalah mendiagnosis pesakit sebulan sebelum pembedahan dilakukan. Pesakit berkenaan dipercayai berusia lewat 60-an.

Prosedur itu dijalankan tanpa halangan, tetapi semasa analisis anggota yang dipotong ia mendapati bahawa tiada tumor dikesan pada bahagian tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Pesakit yang kecewa itu kini meminta pampasan daripada doktor yang cuai tersebut di atas kecacatan itu.

Kes itu akan menjalani perbicaraan di mahkamah yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac ini di Arezzo.

Kes serupa pernah dilaporkan berlaku di Perancis pada Disember tahun lalu, di mana pembedahan ke atas pesakit berkenaan telah berlaku kesilapan dan mengakibatkan “pembuangan keseluruhan” ke atas kemaluannya di Hospital Universiti Nantes.

Lelaki berusia 30-an itu berkata bahawa pembedahan tersebut telah meninggalkannya hanya dengan testis dan tiada apa yang tinggal seperti keadaan asalnya.

“Saya benci dengan doktor ini yang tidak mendengar kata-kata saya. Dia telah memperjudikan nasib saya!” kata mangsa yang tidak dikenali itu memberitahu penerbitan berita tempatan Francebleu.

Dia juga turut memberitahu laman berita bahawa: “Saya benar-benar hancur dan ia benar-benar memalukan. Dia telah memotong segala-galanya. Dia hanya meninggalkan testis saya dan memotong zakar saya hingga ke pangkalnya.”

Peguam warga Perancis itu pada mulanya berharap untuk memenangi saman anak guamnya sehingga 1 juta euro. Namun laporan tempatan mengatakan dia akhirnya hanya diberikan 62,000 euro sebagai ganti rugi.

Mengimbas lebih jauh ke belakang, dalam kes yang sama pada tahun 2003, seorang lelaki Amerika menjalani pembedahan untuk kanser. Tetapi dia mendapati pada akhirnya bahawa zakar dan testisnya telah hilang.

Bercakap pada masa itu, Hurshell Ralls yang ketika itu berusia 67 tahun berkata, isterinya adalah orang yang memberitahunya tentang berita itu sebaik sahaja dia bangun.

“Isteri saya memegang tangan saya dan berkata bahawa ia sudah berakhir. Doktor telah berjaya melakukan operasi pembedahan. Tetapi mereka terpaksa memotong zakar anda,” kata lelaki itu kepada pemberita.

Menurutnya, doktor di Texas AS itu tidak pernah memberi amaran kepadanya atau isterinya tentang kemungkinan kesan sebelum dia menjalani pembedahan.

Ralls telah memfailkan saman sivil dan menuntut sebanyak USD5 juta. Kes itu akhirnya diselesaikan tetapi laporan pada masa itu tidak jelas berapa pampasan yang diperolehinya.

Sumber: Daily Mail

The post Lelaki Terpaksa Tanggung Derita Seumur Hidup, Doktor Cuai Potong Zakar Disangka Tumor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*