Tampil Fesyen Pelik, Aina Abdul Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

aina abdul teguran

Tampil Fesyen Pelik, Aina Abdul Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

Penyanyi Aina Abdul menyatakan dirinya telah berlapang dada dengan menerima teguran berkaitan busana yang digayakan ketika menghadiri malam anugerah ternama yang berlangsung baru-baru ini.

Difahamkan, Aina Abdul menggayakan busana merah yang diinspirasikan daripada sehelai blazer gergasi merah sehingga terpaksa hadir dengan menaiki lori susulan pakaiannya besar.

Walaupun keterampilannya memberi kesan ‘wow’ namun fesyen tersebut dipercayai menimbulkan rasa tidak senang dalam sesetengah kalangan orang ramai.

Dalam satu Instastory (IGs), penyanyi lagu Terus Hidup itu mengatakan setiap komen yang diberi telah ditelusuri dengan baik.

Kredit: Aina Abdul/Instagram

Jelasnya, dia juga telah merenungkan perkara itu dengan mendalam selepas membaca komen yang ditinggalkan oleh warga maya.

“Saya baca, telitikan semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, menegur untuk kebaikan, meninggalkan komen yang bagus dan menggalakkan.

“Aina sangat hargai. Alhamdulillah, Aina cuba lebih baik selepas ini okay,” katanya. 

BACA: Siap Kena Angkut Naik Lori, Busana Gergasi Aina Abdul Curi Tumpuan

Selalu kongsi pasal kerja, kali ini ‘terpanggil’ untuk menjawab

Kebiasaannya penyanyi berusia 30 tahun itu hanya berkongsi berkaitan kerja namun pada kali ini dia terpanggil untuk menjawab perkara yang menjadi bualan ramai pada ketika ini.

“Selalunya, Aina jarang sekali luah isi hati. Selalu tentang kerja sahaja (di media sosial). 

“Tetapi hari ini Aina terpanggil nak tulis sesuatu. Ya, saya nampak semua (komen). Saya baca semua. 

Sesetengah orang ramai mengatakan fesyen memaparkan gaya ganjil adalah dilarang dalam Islam.

Mereka meninggalkan komen pada gambar Aina Abdul sambil menyelitkan hadis yang diambil dari sumber sahih.

Blazer gergasi merah

Kredit: Aina Abdul/Instagram

Menurut media, blazer merah yang dipakai Aina itu berukuran 120 sentimeter dan memerlukan bantuan daripada ahli kumpulannya untuk menurunkan dari lori tersebut.

Apabila tiba di karpet merah, beberapa ahli kumpulannya membantu mengusungkan blazer tersebut supaya penyanyi itu dapat berjalan dengan lancar.

Setelah selesai sesi bergambar, blazer itu kemudian ditanggalkan dan Aina Abdul hanya berjalan dengan gaun merah di badannya.

Untuk rekod, Aina Abdul sekali lagi merangkul gelaran penyanyi wanita popular dalam anugerah tersebut.

Sumber: Aina Abdul/Instagram

The post Tampil Fesyen Pelik, Aina Abdul Terima Teguran Dengan Hati Terbuka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*