Aneh, Pokok Didapati Tumbuh Secara Terbalik Di Tapak Purba Kota Rom

Pokok Tumbuh Terbalik

Aneh, Pokok Didapati Tumbuh Secara Terbalik Di Tapak Purba Kota Rom

Tapak purba Baiae berhampiran bandar moden Bacoli di Itali dikatakan terkenal dengan sejenis pokok aneh yang jarang ditemui.

Memetik Oddity Central, terdapat sebatang pokok yang dikenali sebagai pokok ara yang tumbuh dalam keadaan terbalik.

Melihat pokok ara tersebut tumbuh dari siling gerbang Rom kuno, mudah untuk melihat mengapa ia dipanggil pokok terbalik.

Gambar: Reddit

Bagaimanapun, tiada siapa yang tahu dengan tepat bagaimana pokok itu boleh tumbuh di sana, atau berapa lama ia telah tumbuh.

Namun, walaupun lokasinya yang pelik, satu perkara yang pasti ialah pokok ara tumbuh kuat setiap tahun dan kadangkala ia juga akan berbuah.

Pokok ara biasa atau nama saintifiknya Ficus carica adalah satu tumbuhan pertama yang pernah ditanam oleh manusia, dengan fosil spesies itu telah ditemui di Lembah Jordan sejak 9400 Sebelum Masihi (SM).

Sehubungan itu, adalah agak sesuai untuk pokok terbalik itu terletak di bandar Rom purba Baiae.

Menurut laporan Oddity Central, pokok ara biasanya lebih sesuai berada di tempat yang kering dan cerah.

Namun begitu, akarnya yang kuat dan keupayaannya untuk menjalar di atas air yang sedikit membolehkan tumbuhan tersebut menyokong dirinya di tempat yang tidak mesra.

Pernah menjadi tempat percutian yang meriah untuk kelas pemerintahan Rom, Baiae kini menjadi taman arkeologi yang menarik pelancong dari seluruh dunia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pokok ara terbalik ini telah menjadi salah satu tarikan terbesar di tapak bersejarah itu.

Lagipun, ia adalah bukti bahawa alam semula jadi sentiasa mencari jalannya untuk hidup.

Pokok ara terbalik hanyalah salah satu daripada banyak keanehan tumbuhan yang pernah ditunjukkan dalam 15 tahun yang lalu.

Antara tempat-tempat yang menakjubkan termasuklah The Devil’s Gardens atau Saskatchewan’s Crooked Bush.

Terdahulu, Siakap Keli melaporkan sejenis pokok palma unik di kepulauan Seychelles yang digelar Coco de Mar mengeluarkan benih terbesar di dunia.

Coco-de-Mer ialah spesies pokok palma yang tumbuh dengan ketinggian antara 25 hingga 34 meter.

Ia menghasilkan biji benih gergasi dengan ukuran 12 panjang, hampir tiga kaki lilitan dan mempunyai berat hampir 20 kilogram (kg).

Sumber: Oddity Central

The post Aneh, Pokok Didapati Tumbuh Secara Terbalik Di Tapak Purba Kota Rom appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*