Basikal Antik Harley Davidson Dilelong RM4 Juta

basikal antik harley davidson

Sebuah basikal antik Harley Davidson pada tahun 1908 yang sangat jarang ditemui telah dilelong dengan harga RM4 juta, lapor NDTV.

Menurut Fox Business, dengan harga itu sekali gus menjadikan ia sebagai basikal yang paling mahal dijual dalam acara lelongan.

Model basikal itu dikenali sebagai Strap Trank kerana jalur keluli bersalut nikel yang menyimpan bahan api dan tangki minyak daripada rangkanya.

Lelongan itu diadakan oleh Mecum Auctions, Las Vegas pada 28 Januari, menurut Vintagent, laman web yang menjejaki jualan basikal lama.

Sebelum ini, Mecum Auctions menyiarkan gambar basikal itu di Facebook dan hantaran tersebut meraih kira-kira 8,000 tanda suka dan 800 komen.

Pengurus Bahagian Motosikal di Mecum Auctions Greg Arnold berkata pihaknya merasakan lelongan basikal itu akan berjaya.

“Kami memasarkan basikal itu dengan baik dan Harley setakat ini merupakan jenama basikal Amerika yang paling terkenal.

“Kami merasakan ia akan dijual dengan harga yang baik dalam acara lelongan, tetapi pelbagai perkara boleh berlaku,” katanya.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Basikal antik Harley Davidson telah ‘dipulihkan’ sebelum dijual

Tambahnya, pihak Mecum Auctions telah melakukan proses ‘pemulihan’ terhadap basikal itu tetapi masih ada bahagian yang belum dilakukan.

Bahagian itu termasuk tangki, roda, tempat duduk dan takal tali pinggang enjin.

Imbas kembali, basikal itu ditemui di sebuah bangsal di Wisconsin oleh David Uihlein pada 1941 lalu.

Menurut laporan Fox Business, dia akhirnya memutuskan untuk menyimpannya sebagai koleksi persendirian selama 66 tahun.

Morning Express berkata basikal tersebut mempunyai 12 model yang masih dikeluarkan daripada 450 buah yang dibina oleh syarikat pada 1908.

Difahamkan, sebuah Strap Tank 1907 dijual RM3 juta pada lelongan yang sama tetapi tidak semahal basikal tersebut kerana ia tidak dibaiki semula.

Sebelum ini, media melaporkan iPhone generasi pertama yang kotaknya masih belum dibuka dari tahun 2007 dibuka untuk dijual pada acara lelongan dengan anggaran harga RM212,900.

Sumber: NDTV

BACA: iPhone Generasi Pertama Belum Pernah Guna Bakal Dilelong, Harga Diramal Cecah RM200,000

The post Basikal Antik Harley Davidson Dilelong RM4 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*