Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan Perisik, Tetapi Disyaki Terlibat Jenayah Ekonomi

pelajar malaysia norway perisik

Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan Perisik, Tetapi Disyaki Terlibat Jenayah Ekonomi

Seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Oslo, Norway pada awal bulan ini tidak lagi disyaki terlibat dalam kegiatan pengintipan.

Sebaliknya, pasukan penyiasat percaya pelajar yang ditahan bersama alat pendengaran elektronik itu mungkin terlibat dalam jenayah ekonomi.

Menurut AFP, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 8 September lalu selepas kereta sewanya dikesan berada berhampiran pejabat Perdana Menteri dan pejabat Kementerian Pertahanan.

Pada masa yang sama, isyarat elektronik luar biasa turut dikesan di kedua-dua lokasi tersebut.

Bukti lemah, pelajar Malaysia ditahan di Norway bukan perisik

BACA: Semua Drama Cliché? Nanti Dulu… Ada 4 Drama Boleh Buat Korang Tak Keruan

Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) pada awalnya mengendalikan kes berkenaan selepas kejadian tersebut disyaki melibatkan perbuatan pengintipan.

“Hipotesis berkenaan perbuatan pengintipan tidak sah menjadi semakin lemah. Manakala hipotesis bahawa ini mungkin perbuatan melibatkan jenayah ekonomi terancang semakin kukuh,” tulis PST dalam satu ciapan di X.

Susulan itu, kes berkenaan telah diambil alih Unit Jenayah Ekonomi dan Alam Sekitar, Polis Norway yang turut dikenali sebagai Okokrim.

Menurut Okokrim, lelaki tersebut dipercayai terlibat dalam beberapa kes penipuan yang memiliki hubung kait dengan kegiatan jenayah terancang. Ia dengan kemungkinan ada hubungan di peringkat antarabangsa.

BACA: Perbuatan Bakar Al-Quran Jelas Tindakan Islamophobia Untuk Cetus Kebencian – PM Anwar

Ketika ditahan, lelaki berkenaan dipercayai telah menggunakan satu unit ‘IMSI-catcher’. Peranti tersebut merupakan peranti  yang digunakan untuk mendengar perbualan antara dua pihak secara tersembunyi.

Selain itu, peranti elektronik ini juga boleh memintas trafik telefon pintar dan mengesan lokasi data.

Menurut peguam pelajar berkenaan, suspek sejak awal penahanan lagi menafikan terlibat dengan aktiviti pengintipan.

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: AFP

The post Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan Perisik, Tetapi Disyaki Terlibat Jenayah Ekonomi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*