Anjing Dipercayai Ketagih Alkohol, Berjaya Sembuh Lepas Dirawat

anjing ketagih alkohol

Anjing Dipercayai Ketagih Alkohol, Berjaya Sembuh Lepas Dirawat

ENGLAND — Seekor anjing dilaporkan berjaya disembuhkan selepas mengalami masalah ketagihan alkohol sejurus kematian pemiliknya.

Menerusi satu hantaran sebuah badan amal penempatan haiwan di Plymouth, Woodside Animal Welfare Trust di Facebook memaklumkan haiwan berkenaan dikenali sebagai ‘Coco”.

Difahamkan, Coco tiba di pusat penjagaan itu sejak sebulan lalu bersama rakan anjingnya yang juga berada dalam keadaan tidak sihat.

Coco Si Anjing “Ketagih” Alkohol

Menurut jurucakap Woodside Animal Welfare Trust memberitahu bahawa anjing berusia dua tahun itu menunjukkan respon terhadap alkohol.

Berikutan itu, Coco memerlukan rawatan rapi sejak tiba bagi memantau perkembangannya sepanjang masa.

“Peliknya, haiwan itu menunjukkan gejala tertarik dengan alkohol. Disebabkan itu, kami memerlukan masa selama empat minggu untuk merawatnya.

“Kami menggunakan ubat pelali untuk membantu “ketagihan” alkoholnya dan mengurangkan risiko sawan, ” maklumnya dalam kenyataan tersebut.

BACA LAGI: “Kami Akan Merindui Kamu..” Anjing Kesayangan Lim Guan Eng Mati

Jelas jurucakap itu lagi, haiwan itu kini telah menjalani kehidupan seperti anjing biasa. Ia tidak lagi memerlukan ubat bagi mengawal gejala tersebut.

“Kami sangat bersyukur kerana dia telah sembuh dari gejala itu. Kini Coco tidak lagi mengambil ubat dan berkelakuan seperti anjing biasa. Walaupun dari segi luaran nampak baik, namun dari segi mental, haiwan itu masih mempunyai rasa cemas dalam masa-masa tertentu.

“Oleh itu, Coco masih belum bersedia untuk dijaga atau dipelihara oleh pemilik baharu,” maklum badan amal penjagaan haiwan itu.

Tambahnya, mereka tidak mengetahui sebab terperinci mengapa haiwan tersebut mengalami ketagihan alkohol.

“Tiada siapa tahu secara terperinci bagaimana anjing ini boleh ketagih terhadap alkohol. Namun kami tahu tanpa penjagaan yang diberikan kami, Coco berkemungkinan tidak akan hidup.

“Dia telah dijaga dalam persekitaran yang selesa dan jauh lebih baik. Ia pastinya membuatkan pemulihan berkesan secara keseluruhan terhadap Coco,” maklumnya di Facebook.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: WoodSide Animal Welfare Trust

The post Anjing Dipercayai Ketagih Alkohol, Berjaya Sembuh Lepas Dirawat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*