Takde Kanji, Cepat & Sihat, Ini Cara Masak Nasi Berderai

Masak nasi berderai

Takde Kanji, Cepat & Sihat, Ini Cara Masak Nasi Berderai

Seperti yang diketahui, nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Hampir di mana-mana sahaja ia dapat dijumpai khususnya di rumah-rumah dan kedai makan.

Nasi umumnya berasal daripada beras yang telah siap diproses. Beras ini ditanak bersama air sebelum terhasilnya makanan yang dipanggil nasi.

Pun begitu, dalam beras atau nasi mengandungi kanji yang tinggi dan tidak bagus untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kolestrol yang tinggi dalam badan.

Kadangkala, orang ramai terpaksa berbelanja lebih untuk membeli beras yang lebih sihat dengan kadar kolestral atau kanji yang lebih rendah.

BACA JUGA: “Rasa Sebiji Macam Dekat Kedai,” Wanita Kongsi Cara Buat Sup Thai Jadi Sedap

Tahukah anda sebenarnya, orang ramai boleh membuang kanji sewaktu memasak beras (nasi) itu sendiri?

Menarik bukan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Kuih Noni Talam di bawah.

Tiada Kanji & Cepat, Cara Masak Nasi Berderai 

Berdasarkan video yang dimuat naik, ia menunjukkan langkah-langkah pembuatan nasi berkenaan.

Cara Masak Nasi Berderai

Pertama, masukkan beras dalam periuk nasi (tak kisah berapa banyak nasi).

Masak nasi berderai
Gambar; Fb Kuih Noni Talam

Kedua, basuh beras sebanyak dua atau tiga kali atau mengikut kesesuaian anda sehingga air beras kelihatan jernih sewaktu dibuang.

Gambar; Fb Kuih Noni Talam

Ketiga, masukkan air lebih sedikit daripada jumlah nasi.

Keempat, letakkan periuk nasi itu di atas dapur gas dan nyalakan api selama lima minit sehingga beras kelihatan sedikit kembang. Pastikan anda ‘kacau’ agar beras tadi kembang dengan sekata.

Masak nasi berderai
Gambar; Fb Kuih Noni Talam

Kelima, setelah beras tersebut kembang, matikan api dan tapis semula beras tadi di atas penapis. Langkah ini untuk membuang air yang telah digunakan tadi.  Kemudian masukkan semula beras ke dalam periuk nasi.

Masak nasi berderai
Gambar; Fb Kuih Noni Talam

Keenam, isi air dalam periuk mengikut takat beras .

Ketujuh, barulah masak menggunakan rice cooker dan biarkan selama 10 minit.

Kelapan, tutup suis nasi tersebut, biarkan nasi terdedah selama dua atau tiga minit dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba di rumah.

Sumber: Facebook Kuih Noni Talam 

The post Takde Kanji, Cepat & Sihat, Ini Cara Masak Nasi Berderai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*