Antara Pendahulu Global, Indeks ICT Malaysia Ditangga Ke-15 Dunia

Malaysia raih skor 94.5

Antara Pendahulu Global, Indeks ICT Malaysia Ditangga Ke-15 Dunia

Malaysia dilapor berada di kedudukan ke-15 dunia dan ke-3 ASEAN dalam Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2023 (IDI 2023).

Kedudukan itu didedahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut MCMC, indeks berkenaan dikeluarkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam satu laporan baru-baru ini.

Difahamkan, Malaysia telah meraih skor sebanyak 94.5 daripada jumlah keseluruhan 100 mata melepasi skor global iaitu 72.8 mata.

Skor itu sekali gus telah menunjukkan pencapaian cemerlang ke arah mencapai sasaran Kesalinghubungan Sejagat dan Bermakna.

“Malaysia telah meraih skor sebanyak 94.5 daripada jumlah keseluruhan 100 mata, melepasi skor purata global iaitu 72.8 mata, sekali gus menunjukkan pencapaian cemerlang ke arah mencapai sasaran Kesalinghubungan Sejagat dan Bermakna,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, Indeks IDI 2023 itu diukur berdasarkan 10 indikator utama.

Antaranya IDI 2023 melaporkan bahawa Malaysia telah hampir mencapai liputan sejagat bagi rangkaian mudah alih 4G atau LTE, langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi.

Selain itu, Malaysia juga menawarkan harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dan mudah alih.

Malaysia turut merekodkan kadar penggunaan Internet, pemilikan telefon bimbit dan trafik Internet yang tinggi

Menurut MCMC lagi, Malaysia juga merekodkan kadar penggunaan Internet, pemilikan telefon bimbit dan trafik Internet yang tinggi.

Berdasarkan sokongan padu dan kerjasama pelbagai pihak, MCMC memberitahu pelaksanaan infrastruktur digital telah dipercepat dengan penerimagunaan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) oleh kerajaan negeri.

Ia juga dipacu dengan penubuhan Jawatankuasa Penyeragaman Kos Caj dan Fi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi.

Penubuhan jawatankuasa berkenaan turut diluluskan oleh Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM).

“Sokongan daripada semua pihak berkepentingan telah membolehkan MCMC memajukan perancangan dan pelaksanaan liputan 5G dan satelit bagi menangani cabaran kesalinghubungan di kawasan pedalaman dan terpencil.

“Kerajaan melalui MCMC akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan dan rakyat bagi memastikan Malaysia mencapai kesalinghubungan yang bermakna dan sejagat untuk semua,” tulis kenyataan itu lagi.

Malah setakat 31 Dis tahun lepas, pelaksanaan 5G di Malaysia telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata bahawa pencapaian itu telah mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk merealisasikan perkara tersebut.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk merealisasikan kesalinghubungansejagat dan bermakna buat semua rakyat Malaysia, dengan keterangkuman sebagai pemacu utama dalam memastikan perkhidmatan komunikasi
adalah merata (ubiquitous).”

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: MCMC, BERNAMA

The post Antara Pendahulu Global, Indeks ICT Malaysia Ditangga Ke-15 Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*