Fipper Dan Soloz Mengumumkan Pelancaran Sandal Eksklusif Hasil Usahasama Pertama Dalam  Industri Sukan E-Games Malaysia 

Petaling Jaya, 1 April 2023 – Fipper, jenama sandal yang terkenal di Malaysia, dengan bangganya &  berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik terbaru di antara Fipper dan Soloz, pemain e sukan terkemuka di Malaysia, untuk melancarkan sandal eksklusif pertama dalam industri e-sukan  Malaysia. Koleksi Fipper x Soloz ini direka khas untuk peminat setia Fipper & pengemar Soloz.  

Fipper menyatakan penglibatan penuh dalam menyokong perkembangan e-sukan dan berharap  ushasama terbaru ini dapat membantu mempromosikan sukan ini dalam kalangan masyarakat  dengan lebih meluas.

Dengan menggabungkan warna yang unik & reka bentuk yang menarik, setiap koleksi mendapat  sentuhan peribadi soloz dalam pemilihan warna, malah koleksi ini juga mempunyai lambang peribadi  Soloz yang diabadikan dlm bentuk button di bahagian kiri & kanan sandal. Sandal eksklusif Fipper x  Soloz ini sudah semestinya akan memberikan keselesaan yang diperlukan dengan penuh gaya oleh si  pemakai. 

Koleksi ini didatangkan bersama drawstring bag dan Thank You Card sebagai tanda penghargaan  Soloz kepada penyokongnya. Tagline koleksi “My masterpiece is not only for gamers but everyone”  memberi gambaran jelas bahawa koleksi ini bukan hanya untuk pemain & pengemar industri e sukan akan tetapi, meliputi setiap lapisan masyarakat.  

Pelancaran Usahasama ini di rasmikan boleh Yang berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan  Malaysia. Mendukung inisiatif yang di nyatakan oleh Fipper, beliau juga berharap industri e-sukan  mendapat dapat menarik lebih banyak perhatian daripada pihak media & pemain industri di  Malaysia. Beliau percaya bahawa warga belia di Malaysia menpunyai kebolehan yang diperlukan  dalam memaju industri e-sukan ke peringkat yang lebih tinggi. 

Sandal eksklusif Fipper-Soloz boleh di dapati bermula pada 1 April 2023 di butik-butik Fipper terpilih  dan laman web mereka www.fipperslipper.com.my . Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman  sesawang rasmi Fipper atau Soloz.

The post Fipper Dan Soloz Mengumumkan Pelancaran Sandal Eksklusif Hasil Usahasama Pertama Dalam  Industri Sukan E-Games Malaysia  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*