Apa Nak Buat Kalau Minyak Enjin Kering? Ini Kata Pomen

minyak enjin kering

Apa Nak Buat Kalau Minyak Enjin Kering? Ini Kata Pomen

Minyak enjin memainkan peranan besar dalam kenderaan kerana ia berfungsi untuk sebagai bendalir utama, selain menyejuk, membersih dan mengurangkan risiko kerosakan enjin selain melancarkan pergerakan.

Ia turut dikenali sebagai minyak hitam dan juga minyak pelincir, yang memerlukan pemeriksaan secara berkala supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun kadang-kala, masalah muncul di mana minyak enjin itu menjadi kering walaupun kereta tersebut tidak mengalami masalah dalaman.

Sebagai contoh, mileage kereta tersebut baru mencecah 5,000 kilometer (km) tetapi bagaimanapun, minyak enjin tidak mencapai paras minimum.

Ia menjadi kering secara tiba-tiba dan memerlukan pandangan pakar kereta berkaitan masalah ini.

Lelaki dikenali sebagai ‘pomen’, Muadz Mustafha (@muadzmustafha) berkongsi kepada umum mengenai cara yang perlu dilakukan sekiranya perkara itu terjadi.

Dalam satu perkongsian video, sebuah kereta jenama Toyota Alphard dijadikan contoh di mana pacuan empat roda itu mengalami masalah minyak enjin kering.

“Baru 5,000 km, minyak hitam dah kering. Sama ada bocor atau masalah enjin.

“Alphard ini tiada masalah bocor tapi minyak enjin selalu kering, kes macam ini dah biasa jadi pada kereta yang mileage tinggi, cubi centimetre (CC) besar,” katanya dalam rakaman itu.

Difahamkan, minyak enjin itu kering bawah pada paras yang ditetapkan.

Sedangkan kereta Alphard tersebut tidak mempunyai masalah dalaman enjin seperti kebocoran minyak dan sebagainya.

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

Cara ‘pomen’ kenal pasti masalah

Sebelum pomen tersebut menjelaskan masalah tersebut, dia meminta pekerja-pekerja bengkel yang mahir dalam bidang itu untuk memberitahu jawapan mereka.

“Mungkin oil consumption kot,” kata salah seorang pomen itu. 

“Biasanya pembakaran itu tidak sempurna, dia ada catalytic converter itu yang menyerap asap keluar. 

“Jadi kita tidak perasan, enjin kita makan minyak hitam,” berikut penjelasan pomen tersebut.

Ujarnya, misalnya kereta itu tidak mempunyai masalah lain, ia boleh diselamatkan dengan melakukan proses membaik pulih enjin kenderaan secara menyeluruh.

Kredit: @muadzmustafha/TikTok

“Untuk kes seperti tadi (kereta Alphard) yang tidak mempunyai masalah seperti kebocoran dan masalah enjin boleh selamatkan lagi dengan kita buat overhaul.

“Isu minyak enjin kurang biasanya lampu enjin akan menyala, jika lampu itu menyala kena pergi bengkel cepat untuk buat semakan.

“Yang paling penting sekali kita peka dengan keadaan kereta,” jelasnya.

Difahamkan juga, sebelum memulakan perjalanan jauh, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membuat penyelenggaran dengan menyemak keadaan minyak kereta.

@muadzmustafha

MINYAK ENJIN HILANG PERGI MANA? #alphard #toyota #overhaul #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia🇲🇾❤ #drtayarmuar

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Sumber: @muadzmustafha/TikTok

BACA: Bukan Hanya Tengok ‘Mileage’, Ini Antara Tanda-Tanda Minyak Enjin Perlu Ditukar, Elak Jadi Lebih Teruk

The post Apa Nak Buat Kalau Minyak Enjin Kering? Ini Kata Pomen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*