Coating & PPF Kereta, Mana Lebih Baik? Ini Kata ‘Pro’

Coating & PPF Kereta, Mana Lebih Baik? Ini Kata ‘Pro’

Bagi yang menyayangi kereta, ataupun baru saja membeli kereta baharu, adakah anda akan melakukan coating atau paint protection film (PPF) pada kereta itu?

Kedua-duanya mempunyai fungsi sebagai perlindungan untuk cat kereta anda. Tetapi, antara coating dan PPF kereta, mana satu yang lebih baik?

Kalau nak tahu, ini jawapan ‘pro’ yang mungkin dapat membantu anda memilih sama ada untuk membuat coating ataupun PPF.

Coating vs PPF

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh James Alatin di TikTok, beliau telah memberikan penjelasan mengenai kebaikan coating dan juga PPF.

“Kalau nak exterior kereta anda nampak shining macam baru, coating wajib,” katanya dalam video itu.

Menurutnya, melakukan coating pada kereta adalah sesuatu yang penting kerana selepas ia dibuat, ia akan memberikan kesan hydrophobic iaitu air tidak akan melekat pada kereta anda.

Selain itu, katanya lagi, coating juga boleh mengelakkan pencemaran cat yang boleh berlaku akibat kesan-kesan di jalan raya. Ia juga senang dicuci dan akan membuatkan kereta anda kelihatan berkilat seperti baharu.

Manakala bagi PPF pula, James mengatakan, “PPF berkesan untuk mengelakkan stone chip. Bukan itu sahaja, kesan calar yang kecil-kecil itu boleh self heal,”

Maksud self heal adalah, apabila ada kesan calar yang kecil pada kereta anda dan kereta berada di bawah matahari, kesan calar yang dilitupi dengan air akan hilang begitu saja.

Berdasarkan penjelasannya, coating dan PPF mempunyai kebaikan masing-masing. Tetapi, yang manakah yang terbaik?

Menurut James, kedua-duanya adalah wajib dilakukan pada kereta anda. Beliau turut memberikan cadangan mengenai bahagian kereta yang perlu PPF dan bahagian mana yang perlukan coating.

“Yang saya cadangkan adalah, PPF anda boleh buat dekat bahagian depan kereta. Iaitu pada bumper, bonet, cermin sisi dan lampu hadapan,” kata James.

Katanya lagi, bahagian kereta yang lain pula anda boleh lakukan coating saja. Bahagian depan kereta memerlukan PPF kerana ia lebih mudah terkena stone chip.

Jadi, selepas ini anda tidak perlulah rasa keliru mahu lakukan coating ataupun PPF pada kereta anda.

@james_alatin

PPF & Coating – Pilih Yang Mana?! #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #ppf #coating #kebaikan #perbezaan

♬ original sound – James_Alatin – James_Alatin

Sumber: james_alatin via TikTok

BACA JUGA: Bosan Makan Ayam? Cuba Resipi Telur Bistik Ini Pula!

The post Coating & PPF Kereta, Mana Lebih Baik? Ini Kata ‘Pro’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*