43 Orang Termasuk Bayi Maut Dalam Kejadian Bot Karam 

43 Orang Termasuk Bayi Maut Dalam Kejadian Bot Karam 

ROME — Seramai 43 pendatang asing termasuk seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan maut dalam satu kejadian bot karam di wilayah selatan Calabria di Itali pada awal pagi hari ini, lapor AFP.

Menurut pengawal pantai dalam satu kenyataan, kejadian itu berlaku berikutan bot berkenaan membawa muatan berlebihan iaitu melebihi 200 orang dan faktor laut bergelora.

“Buat masa sekarang, 80 orang berjaya ditemui dalam keadaan masih bernyawa termasuk beberapa daripada mereka yang berjaya sampai ke pantai. Manakala 43 mayat telah dijumpai di sepanjang pantai,” katanya.

Gabenor Wilayah Calabria, Roberto Occhiut memaklumkan, seluruh Calabria turut berduka selepas perkhabaran tragedi itu.

“Puluhan orang mati lemas termasuk bayi sementara masih ramai yang hilang,” jelasnya.

Media tempatan melaporkan, pengangkutan air itu karam selepas berlaku kebocoran gas di luar pantai Crotone.

BACA JUGA: Dua Nelayan Masih Hilang Selepas Bot Karam Di Batu Pahat

Dalam pada itu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berkata, beliau komited dalam menyekat laluan pendatang asing ke pantai negara tersebut.

“Kerajaan komited dalam membendung golongan itu selain mengelakkan daripada kejadian seumpama ini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, badan amal yang terlibat dalam misi menyelamat turut menghadapi kesukaran untuk membawa sebahagian mereka kembali ke darat.

Susulan itu, kerajaan mendakwa badan berkenaan seolah-olah menggalakkan pendatang untuk menyeberang ke negara Eropah itu.

Lebih-lebih lagi, tragedi itu berlaku beberapa hari selepas kerajaan memutuskan untuk menolak undang-undang baharu berhubung penyelamatan pendatang asing.

Tambah Meloni, beliau memohon kerjasama daripada seluruh negeri yang terlibat dengan pelepasan pendatang terbabit.

Untuk pengetahuan, laluan berkenaan merupakan salah satu laluan berbahaya di Eropah. Sebahagian besar orang yang menggunakan laluan itu untuk melarikan diri dari konflik dan kemiskinan di Afrika.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Piantedosi dalam satu kenyataan memaklumkan, hampir 14,000 pendatang asing tiba di Itali dua bulan pertama pada tahun ini.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 5,200 orang berbanding tempoh sama tahun lalu dan 4,200 pada 2021. Tegas Matteo, beliau juga memaklumkan bahawa betapa seriusnya jsu itu perlu ditangani dengan kadar segera.

Sumber: AFP via Yahoo

The post 43 Orang Termasuk Bayi Maut Dalam Kejadian Bot Karam  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*